Lakar Nama Di Peringkat Antarabangsa, Noghori Arts School Bawak Pulang 2 Anugerah Dari Republik Czech

Entertainment
29 Dec 2024 • 2:17 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Satu pencapaian yang membanggakan telah berjaya diukir oleh pelajar-pelajar Noghori Arts School Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Ampuan Najihah di peringkat antarbangsa baru-baru ini. Pelajar-pelajar itu berjaya merangkul juara kategori Nyanyian Duo dan johan keseluruhan kategori Music Band di The 43rd International Folklore and Music Competition Prague 2024 di Republik Czech baru-baru ini.

image is not available

Memetik laporan BERNAMA, Noghori Art School berjaya membawa pulang gelaran juara kategori ‘Nyanyian Duo Junior 1’ menerusi lagu Mentera Semerah Padi, oleh pelajar berusia 13 tahun Jeszel Iskandar Mohd Azhar dan Rayyen Fitri Syafiyudin.

Bagi kategori Music Band pula, kumpulan dikenali The Jang’s yang terdiri lima pelajar SMK Tunku Ampuan Najihah dan masing-masing seorang dari SMK Dato Haji Mohd Redza, SMK Dato Abdul Samad dan Sekolah Dato Abdul Razak berusia 13 hingga 16 tahun itu berjaya menewaskan 40 pasukan dari seluruh dunia melalui lagu ‘Medley Gema Tradisi’.

image is not available

Guru Muzik SMK Tengku Ampuan Najihah Muhamad Hazrin Ishak berkata beliau tidak menjangkakan kemenangan berikutan ini kali pertama mereka menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa dan membawa nama Malaysia.

Kejayaan itu adalah pencapaian terbesar Noghori Arts School. Ini juga membuktikan bakat seni tradisional tanah air juga mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.