Lalamove Menyertai Arena Automotif Melalui Pengenalan Van Elektrik Tersendiri Di China

TechnologyDigitalCars
19 Jun 2025 • 6:24 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dengan pelbagai jenama berbeza di pasaran hari ini memfokuskan kenderaan elektrik, perkhidmatan penghantaran dan logistik popular, Lalamove turut tidak ketinggalan dan memperkenalkan jenama kenderaan elektrik mereka tersendiri, iaitu DuoLa Auto.

Kenderaan pertama yang diperkenalkan dibawah jenama berkenaan adalah sebuah van elektrik dengan fokus terhadap penghantaran barangan. Van elektrik ini dioptimasikan untuk memuatkan barangan yang lebih banyak berbanding dengan van biasa, sekaligus membolehkan lebih barangan dibawa ketika penghantaran.

image is not available

Dari segi jarak perjalanan, van elektrik dinamakan DuoLa Bafang ini menawarkan jarak perjalanan maksimum 305 kilometer.

Lalamove dijangka memasarkan ia kepada para penghantar mereka, selain pada masa yang sama mempromosikan penggunaan kenderaan tenaga baharu dalam penghantaran mereka, menjadikan operasi lebih mesra alam.

Buat masa ini, van elektrik ini diumumkan untuk pasaran China sahaja, dan tidak diketahui sama ada Lalamove turut akan mempromosikannya di luar China atau tidak.