Laluan Udara Iran Dibuka Semula Untuk Penerbangan Antarabangsa

Entertainment
29 Jun 2025 • 11:21 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Iran membuka semula ruang udara di kawasan tengah dan barat negara itu kepada penerbangan transit antarabangsa pada Sabtu, selepas hampir dua minggu ditutup susulan ketegangan serangan udara dengan Israel.

Memetik laporan Harian Metro, pengumuman tersebut dibuat oleh Kementerian Jalan dan Pembangunan Bandar Iran, yang menjelaskan bahawa keputusan itu diambil selepas penilaian keselamatan dan sekuriti diselesaikan bersama Pertubuhan Penerbangan Awam (CAO) Iran.

image is not available

Jurucakap kementerian, Majid Akhavan berkata pembukaan semula ini terpakai bagi laluan penerbangan yang melalui ruang udara berkenaan, namun tidak melibatkan sebarang pendaratan atau pelepasan pesawat dari lapangan terbang di kawasan utara, selatan dan barat Iran.

Sementara itu, CAO dalam kenyataan berasingan memaklumkan bahawa sekatan penerbangan di wilayah tertentu masih berkuat kuasa sehingga jam 2 petang waktu tempatan (10.30 pagi GMT) pada Ahad.

Iran sebelum ini menutup ruang udaranya pada 13 Jun sebagai langkah keselamatan berikutan serangan Israel ke atas Tehran dan beberapa lokasi lain.

Selepas konflik udara yang berlarutan selama hampir dua minggu, kedua-dua pihak mencapai kesepakatan untuk gencatan senjata pada Selasa lalu.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.