Iran buka semula ruang udara tengah, barat untuk penerbangan transit antarabangsa

29 Jun 2025 • 9:45 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

TEHRAN, 29 JUN: Iran pada Sabtu membuka semula ruang udaranya di kawasan tengah dan barat untuk penerbangan transit antarabangsa, umum Kementerian Jalan dan Pembangunan Bandar, menurut Xinhua.

Jurucakap kementerian, Majid Akhavan dalam kenyataan berkata keputusan itu dibuat selepas mendapat kelulusan Pertubuhan Penerbangan Awam (CAO) Iran serta selesai penilaian keselamatan dan sekuriti oleh pihak berkuasa berkaitan.

Beliau menambah bahawa sebelum ini Iran telah membuka semula ruang udara timurnya untuk penerbangan domestik, antarabangsa dan transit, sambil menegaskan tiada penerbangan akan mendarat atau berlepas dari lapangan terbang Iran di bahagian utara, selatan dan barat.

Dalam kenyataan berasingan, CAO memaklumkan ruang udara Iran di bahagian utara, selatan dan barat akan kekal ditutup sehingga 14:00 waktu tempatan (1030 GMT) pada Ahad.

Iran menutup ruang udaranya pada 13 Jun susulan serangan udara Israel ke atas Tehran dan kawasan lain. Selepas konflik udara selama 12 hari, kedua-dua pihak mencapai persetujuan gencatan senjata pada Selasa.

– BERNAMA-XINHUA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved