Lama Menghilang, ND Lala Bersuara Mengenai Hubungan Bersama Anak-Anak – “Mereka Adalah DNA Saya”

EntertainmentFamily & Parenting
16 Apr 2026 • 3:03 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Penyanyi popular era 80-an, Datuk ND Lala menegaskan kasih sayangnya terhadap anak-anak tidak pernah berubah walaupun kini mereka tinggal berasingan selepas perpisahan dengan bekas isteri, Fauziah Sarman.

ND Lala atau nama sebenarnya Amir Amzah Salleh, 65, menyifatkan keempat-empat zuriatnya sebagai sebahagian daripada dirinya dan menolak tanggapan hubungan mereka renggang.

Advertisement
View this post on Instagram

“Anak-anak adalah DNA saya. Perkara itu tidak akan berubah sampai bila-bila. Mereka lahir daripada kasih sayang saya dan akan kekal menjadi sebahagian daripada diri saya.”

“Mana-mana ibu bapa pun akan menyayangi anak tanpa syarat. Saya sentiasa mendoakan mereka tanpa batas hingga akhir hayat,” katanya kepada media.

Dalam masa sama, pelantun lagu Syair Cak Pong itu memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai hal peribadi, khususnya berkaitan hubungan dengan anak-anak.

View this post on Instagram

Menurutnya, beliau kini mahu memberi fokus kepada kerjaya seni dan enggan membuka ruang kepada spekulasi yang boleh menimbulkan salah faham.

“Saya tidak mahu lagi berkongsi atau memberi kenyataan berkaitan isu tersebut kerana lebih selesa bercakap tentang kerjaya.”

Saya memilih untuk tidak memberi respons supaya tidak menyinggung mana-mana pihak. Kalau orang mahu mentafsir, itu hak masing-masing.

“Segala jawapan sebenarnya sudah saya jelaskan dalam kenyataan terdahulu pada tahun 2023,” ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran buku Sentuhan Emas Lagu-Lagu Tan Sri Dr. Ahmad Nawab.

Untuk rekod, ND Lala dan Fauziah Sarman mendirikan rumah tangga pada 1989 sebelum berpisah pada 2 Ogos 2023. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu penyanyi Shila serta tiga lagi anak, Amir Syafiq, Amir Syahir dan Syada.

Fauziah kemudiannya dilaporkan telah mendirikan rumah tangga dengan General Tuan Zainal Abidin pada 22 November tahun lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

haris alif2026-04-16 12:47:54

Intan Ladyana Akhirnya Bersuara Mengenai Dakwaan Harris Alif Curang Dalam 'Game Roleplay' - "Saya Tak Salahkan Perempuan Itu Atau.."

The post Lama Menghilang, ND Lala Bersuara Mengenai Hubungan Bersama Anak-Anak – “Mereka Adalah DNA Saya” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.