
Pelakon Hollywood sensasi Johnny Depp baru-baru ini telah menghadirkan diri di Festival Filem Cannes setelah sekian lama menyepikan diri sejak kes mahkamah melibatkan bekas isterinya, Amber Heard tahun lalu.
Menurut sumber PageSix, pelakon itu hadir ke festival tersebut bagi mempromosikan filem terbaharunya berjudul Jeanne du Barry.
Namun, kemunculannya di karpet merah festival itu menjadi perhatian ramai apabila tersebar gambar yang menampilkan dirinya sedang tersenyum sehigga menampakkan giginya berwarna kuning dan seolah-olah sudah rosak.
Gambar yang tular di Twitter telah membuatkan orang ramai berasa loya melihat gambar jarak dekat bahagian gigi pelakon itu.
“Gigi Johnny Depp benar-benar rosak,” tulis seorang pengguna Twitter.
Johnny Depp’s teeth are literally ROTTING pic.twitter.com/GrbRqOUI4M
— chateau bunny (@cocainecross) May 17, 2023
Melihat gambar itu, ramai yang tertanya-tanya tentang kesihatan dan kebersihan mulutnya. Menurut seorang doktor selebriti, Dr. Apa berkata keadaan gigi Johnny Depp begitu mungkin disebabkan enamel gigi yang menjadi haus sehingga mengakibatkan kesan kumulatif seumur hidup.
Tambahnya, gaya hidup bapa kepada Lily Rose Depp ini turut memberi kesan buruk kepada giginya termasuk gemar menikmati espresso dan hisap cerut.

Sekadar info, Johnny Depp memenangi kes saman fitnah terhadap Amber Heard selepas mendakwa menjadi mangsa dera bekas suaminya itu.
Mahkamah mengarahkan Heard membayar ganti rugi kepada Depp sebanyak AS$ 15 juta (kira-kira RM65 juta).
Tujuh juri yang mendengar perbicaraan itu bersetuju bahawa artikel yang ditulis Heard pada 2018 merupakan fitnah terhadap pelakon filem Pirates of the Caribbean itu.
Baca: Kena ‘Boycott’ Dengan Peminat, Kelibat Amber Heard Dalam ‘Trailer’ Aquaman 2 Buat Netizen Tertanya

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

