Laman sesawang agensi kerajaan alami gangguan

19 Dec 2022 • 6:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Laman sesawang dan aplikasi agensi kerajaan mengalami gangguan capaian.

PUTRAJAYA - Beberapa laman sesawang dan aplikasi agensi dan jabatan kerajaan di bawah kendalian Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) disahkan mengalami gangguan.

Ia berikutan pihak MAMPU sedang melakukan penyelenggaraan terhadap portal-portal berkaitan.

"Untuk makluman, kerja-kerja penyelewengan portal rasmi MAMPU sedang dilaksanakan dan akan mengalami sedikit gangguan capaian. Kesulitan amat dikesali," kata unit itu menerusi laman Facebook pada Isnin.

Gangguan itu termasuklah membabitkan laman sesawang info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).

Setakat jam 6 petang kedua-dua laman sesawang JKM dan JMG masih mengalami gangguan capaian.