Laman web korporat Bank Rakyat alami gangguan teknikal

LocalBusiness & Finance
7 Nov 2026 • 4:03 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Laman web korporat Bank Rakyat alami gangguan teknikal

PETALING JAYA – Gangguan akses yang berlaku pada laman web korporat Bank Rakyat berpunca daripada isu teknikal melibatkan sistem penyedia perkhidmatan pihak ketiga.

Bank Rakyat dalam kenyataan memaklumkan, gangguan berkenaan hanya menjejaskan laman web korporat dan tidak melibatkan sistem serta operasi perbankan institusi kewangan itu.

Katanya, data peribadi, maklumat perbankan dan simpanan pelanggan juga kekal selamat serta tidak terjejas.

“Bank memberi jaminan bahawa sistem serta operasi perbankan terus beroperasi seperti biasa,” katanya di sini hari ini.

Katanya, sementara proses pemulihan akses laman web korporat sedang dilaksanakan, pelanggan masih boleh melakukan urusan perbankan melalui beberapa saluran alternatif termasuk laman web dan aplikasi mudah alih iRakyat, BRICK, QR2E serta i-bizRAKYAT.

“Bank Rakyat turut memohon maaf atas kesulitan yang dialami pelanggan dan memaklumkan perkembangan lanjut akan disampaikan dari semasa ke semasa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Laman web korporat Bank Rakyat alami gangguan teknikal appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved