
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Apabila meningkat dewasa, seseorang diberi pilihan untuk membina masa depannya sama ada melalui pembelajaran, pekerjaan, atau kedua-duanya sekali. Apa jua jalan yang dipilih, ia menuntut komitmen dan keupayaan mengurus masa dengan baik.
Namun begitu, hakikat kehidupan seringkali tidak semudah yang dirancang. Gangguan luaran seperti kesesakan lalu lintas, masalah kesihatan, atau urusan keluarga boleh mengganggu jadual seseorang tanpa diduga.
Isu sebegini juga sering berlaku dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi. Baru-baru ini, cara seorang pensyarah menangani pelajar yang sering hadir lewat menjadi perbualan hangat di media sosial.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Tersentuh Lihat Anak Umur 7 Tahun Terpaksa Pisah Dengan Ibu Bapa Demi Pelajaran
Baca Artikel Berkaitan: Menu Hidangan RM3.50 Di IPT Bantu Kurangkan Beban Pelajar
Baca Artikel Berkaitan: Hampir 50% Pelajar Lepasan SPM 2021 Tidak Minat Sambung Belajar
Pensyarah Kunci Pintu Kerana Pelajar Lewat
Menerusi satu video yang tular di laman TikTok (@zahir_alauddin), seorang pensyarah meluahkan rasa kurang senang terhadap pelajar yang selalu datang lewat ke kelas.
Dalam video itu, dia berkongsi pengalamannya sendiri sewaktu bergelar pelajar sebagai tanda aras pengurusan masa seseorang pelajar.
Menurutnya, walaupun tinggal jauh dan kurang kemudahan, dia tetap berusaha untuk hadir awal ke kelas, malah sempat menyiapkan tugasan sebelum waktu kuliah bermula.
Sikap itu katanya, bukan sahaja membentuk disiplin, malah menunjukkan rasa hormat terhadap tenaga pengajar.
Dalam kapsyen video tersebut, pensyarah itu turut menulis kenyataan berbunyi, “Datang lewat minggu-minggu akhir ni, saya tutup pintu kunci. Awak duduk luar.”
Tindakan simbolik ini nyata mencetus pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial.
Minggu2 terakhir ni, datang lewat saya kunci pintu— duduk luar #studentlife #universitylife #campuslife #lecturerlife #unipurple #uitmpuncakalam #uitmshahalam #uitmdihatiku #foryoupage #foryou #fyp
Tonton video penuh [DI SINI].
Pensyarah Tampil Jelaskan Bahawa Itu Hanyalah Ugutan Manja
Perkongsian itu telah mengundang reaksi yang pelbagai. Ada yang bersetuju dengan pendekatan tegas seperti itu, namun tidak kurang juga yang mengkritik kononnya pensyarah tersebut tidak memahami cabaran pelajar zaman kini.

Ada juga yang menuduh dia suka membandingkan kesusahan generasinya dengan keadaan sekarang, selain menganggap pendekatan mengunci pintu sebagai keterlaluan.
Namun, menerusi satu komen panjang, pensyarah terbabit tampil menjelaskan bahawa tiada pintu pernah dikunci sepanjang 13 tahun dia mengajar.
Katanya, semua itu sekadar teguran umum dan bentuk peringatan agar pelajar lebih menghargai masa serta tanggungjawab mereka.
Dia turut menjelaskan bahawa universiti sebenarnya mempunyai syarat ketat berkaitan kehadiran ke kelas, termasuk larangan menduduki peperiksaan jika hadir lewat melebihi 30 minit atau ponteng sebanyak tiga kali.

Ramai Sokong Teguran Pensyarah Tentang Pengurusan Masa
Walaupun wujud perdebatan daripada sudut negatif, ramai yang tetap menyokong teguran tersebut. Rata-rata netizen mengakui bahawa disiplin dan pengurusan masa adalah asas penting dalam membentuk peribadi pelajar yang berjaya.

Malah, beberapa pensyarah lain turut meninggalkan komen menyatakan bahawa kelewatan sekali-sekala boleh dimaafkan jika bersebab, tetapi kelewatan berulang tanpa alasan kukuh sering dikaitkan dengan masalah pengurusan masa peribadi.


Perkongsian tersebut akhirnya menjadi ruang diskusi yang sihat mengenai budaya menepati masa dan tanggungjawab sebagai pelajar dewasa di universiti.
Masa Itu Aset Paling Berharga

Sebagai peringatan, menepati masa adalah amalan yang bukan sahaja menunjukkan disiplin diri, malah mencerminkan tahap profesionalisme seseorang. Sikap ini akan membawa manfaat besar apabila memasuki dunia kerjaya kelak.
Frasa “masa itu emas” bukan sekadar peribahasa kosong. Setiap saat yang berlalu membawa nilai yang tidak boleh diganti. Kehilangan masa, walau seminit, tetap meninggalkan kesan, lebih-lebih lagi dalam kehidupan yang semakin pantas bergerak hari ini.
Belajarlah menghargai masa, kerana masa yang dibazirkan hari ini mungkin menjadi penyesalan besar pada masa akan datang.
Baca Artikel Berkaitan: UiTM Tampil Beri Penjelasan Tentang Video Tular Pelajar Memakai Kostum KKK
Baca Artikel Berkaitan: “Dah Pesan Jangan Biar Kosong” – Cikgu Pening Tanda Kertas Peperiksaan Pelajar, Banyak Lompong & Jawapan Salah


![TikToker Tegur Sikap Segelintir Ibu Bapa, Biar Anak Tak Pergi Sekolah Hanya Sebab Bangun Lambat Cetus Perdebatan [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)
![“Very Kedekut”- Pelanggan Cerewet Siap Minta Ekstra Topping Piza Buat Ramai Geram [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/food.jpeg)
