
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Dalam dunia perniagaan kita sering kali mendengar perumpamaan ‘customer always right’ digunakan.
Malah ada segelintir pelanggan yang menggunakan ‘hak’ ini dalam apa jua keadaan kerana merasakan diri mereka adalah betul meskipun hakikatnya bukanlah semua perkara.
Bukan hanya itu ada juga menggunakan terma tersebut untuk kepentingan sendiri walhal servis, mahupun perkhidmatan yang diberikan oleh peniaga sebenarnya sudah berpatutan dan bersesuaian dengan apa yang ditawarkan.
Pelanggan cerewet siap minta bahan lebih walhal topping dah penuh pizza buat ramai geram
Baru-baru ini, seorang lelaki yang juga pembuat piza turut berdepan dengan perkara sama sewaktu berurusan dengan pelanggannya.
Menerusi video yang tular di X, awalnya kelihatan lelaki berkenaan sedang menyiapkan pesanan piza sambil meletakkan cendawan ke atas doh berkenaan.
Tidak lama kemudian datang seorang wanita yang membuat pesanan itu untuk melihat adakah piza yang dipesan sudah disiapkan atau belum.
Namun lelaki itu menjelaskan pesanannya belum lagi siap dan bertanya adakah wanita itu ingin membungkus makanan tersebut pulang ke rumah atau makan di kedai terbabit.
Gelar pekerja dan kedai makan kedekut, kerana mahu cendawan lebih banyak
Wanita berkenaan menjawab dia ingin membawanya pulang. Apa yang menjadi perhatian, sewaktu dia meminta agar lebih banyak cendawan diletakkan, secara spontan menyebut mengelarkan mereka (kedai makan) sebagai kedekut.
“More, more mushroom (cendawan lebih) please ah (tolong ya). You all very (awak semua) kedekut ah. More mushroom please,” kata wanita berkenaan.
Sebaik mendengar pesanan, lelaki itu terkejut sambil melihat ke arah piza yang sudah diletakkan cendawan di atas piza sebagai ‘topping’.
Cendawan yang diletakkan mengikut ukuran dan standard ditetapkan
Lelaki itu kemudian memaklumkan jumlah cendawan yang diletakkan sudah mencukupi dan mengikut ukuran standard yang ditetapkan.
“Haa? Oh ini sudah cukup kerana jika terlalu banyak ia akan membuatkan piza terlalu berat,” jelas lelaki itu.
Tanya macam-macam soalan, siap pesan tak nak piza terlalu terbakar
Namun wanita berkenaan sekali lagi mengelar mereka kedekut kerana merasakan topping cendawan itu masih lagi tidak mencukupi. Bukan itu sahaja, dia juga kedengaran seperti mengganggu pekerja terbabit dengan bertanya soalan selain berterusan meminta cendawan ditambah lagi.
“Sangat sedikit, tambah sedikit. Sedikit ia tidak bagus lah, beri saya lebih sikit. Beri lebih,” kata wanita itu lagi.
Tanpa berkata banyak dia kemudian mengambil lagi cendawan untuk ditambah ke atas piza tersebut seperti yang diinginkan pelanggan berkenaan.
Apabila piza dimasukkan ke dalam ketuhar, wanita itu turut bertanya soalan lain dan berbual dengan pembuat piza selain mengatakan itu bukan kali pertama dia datang ke kedai berkenaan.
Bukan hanya itu, pelanggan terbabit juga mengatakan dia tidak mahu piza yang dipesan terlalu terbakar beberapa saat sebelum lelaki itu mengeluarkan piza dipesannya.
Customer always right #kitchenlife #food #chef #fyp #pizza
Lelaki terpaksa buat piza baharu kerana bahagian bawah sudah sedikit terbakar
Ia secara tidak langsung membuatkan lelaki itu terpaksa membuat piza yang baharu untuk pelanggan berkenaan kerana piza yang dibakar sebentar tadi mempunyai sedikit kesan terbakar pada bahagian bawah.
“Bawahnya sudah terbakar sedikit, saya rasa tak boleh. Tidak mengapa kerana ketuhar itu terlalu panas.
“Tidak mengapa saya boleh buat lagi (yang baru),” kata lelaki itu dan meminta pelanggan wanita tersebut menunggu selama lima minit untuk dia membuat piza baharu.
Kedengaran suara wanita terbabit awalnya seperti kecewa, namun lelaki berkenaan mengatakan dia tidak boleh memberikan piza tersebut kerana ia sudah terbakar.
Perkara itu membuatkan pelanggan tersebut terpaksa akur dan menunggu pizanya. Walau bagaimanapun, kelihatan pembuat piza tersebut begitu sabar melayan setiap permintaan pelanggan terbabit.
Sebabtu dah tak valid dah customer is always right. Kalau dapat customer yang duk complain itu ini siapa tak rimas 😅 pic.twitter.com/k1K1LGYYtK
— kamaghul deghaman (@kamaghul) June 18, 2025
Ramai geram dengan sikap pelanggan cerewet dan minta tambah bahan
Melihat di ruangan balas, ramai yang geram dengan ragam pelanggan berkenaan dan berpendapat dia perlu membayar lebih sekiranya mahu bahan yang lebih.
Tidak kurang juga ada yang merasakan pelanggan itu sepatutnya bertanya berapa yang perlu dibayar jika mahukan cendawan yang lebih. Ini kerana, kedai tersebut menjalankan perniagaan.
Ada juga yang geram apabila mendengar pelanggan itu seperti cuba mengatur berapa banyak bahan yang perlu dimasakkan serta cara membakar yang diinginkan.
Bukan itu sahaja, ada yang menyifatkan wanita terbabit begitu cerewet dan lelaki berkenaan tidak boleh terlalu melayan sikap pelanggan seperti itu.
“Customer always right ni betul. Tapi tu untuk pelanggan yang sentiasa membeli dan tak berkira keluar duit. Bukan yang sentiasa complain tapi berkira. Dah lah banyak tanya, kuat complain. Ni kalau caj lebih sikit tantrum masa tu juga”

“Dia pula yang atur orang nak letak berapa banyak, nak masak sampai macam mana. LOL. Balik rumah, pergi buat dan masak sendirilah. Nak sangat ikut selera kau buat sendirilah..”

“Sebab tu jangan layan permintaan pelanggan.. Selalunya pelanggan macam ni lah yang bayar murah tapi nak servis kaw-kaw. Bila tak kena cara dia letak dekat Google review”

“Nak itu ini, pergi ambil personal chef la, boleh custom. Kalau kedai tu kedekut, berhenti je datang”


![“Kayu Tu Perlu Ke?” – Ramai Kecam Makcik Tengking Pekerja Pembersihan Hanya Kerana Parkir Lori [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)


