MAJLIS Perbandaran akan meningkatkan usaha menyelenggara lampu jalan di sepanjang jalan di Penampang manakala Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) berjanji untuk melaksanakan langkah yang sama dalam penyelenggaraan pencahayaan ke atas jalan-jalan di Luyang dan Kepayan.
Tindakan ini diambil susulan maklum balas mengenai bahaya keselamatan susulan jalan gelap di kawasan berkenaan.
Seorang pemandu, yang bekerja di Pavilion Bundusan mengeluh mengenai keadaan tanpa lampu di Jalan Penampang Lama, sepanjang kira-kira 1.74 kilometer dari pusat komersial ke rumahnya di Taman Hiburan.
Dakwanya dia beberapa kali hampir melanggar anjing yang cuba menyeberangi jalan pada waktu malam.
Seorang lagi pengguna jalan raya turut merungut tentang pengalaman memandu yang tidak selesa pada waktu malam di Jalan Sang Kancil, Jalan Kebajikan dan Jalan Kolam kerana terdapat kawasan gelap di sepanjang jalan di Luyang.
Seorang pemilik rumah di Taman Selesa pula bimbang kemungkinan berlaku kejadian pecah rumah di Lorong Rampai kerana banyak lampu jalan di Kepayan tidak berfungsi selama berbulan-bulan.
Individu-individu ini memberikan lokasi kemudahan terjejas kepada Hotline, yang kemudiannya dikemukakan kepada agensi berkaitan.
Jurucakap Majlis berkata juruteknik dihantar ke Jalan Penampang sejurus selepas dihubungi media.
“Kontraktor kami membaiki bar tembaga bagi Pemutus Litar Miniatur (MCB) dalam panel kawalan lampu,” katanya. “Sambungan ke MCB didapati telah terbakar.”Jelasnya MCB berfungsi menghalang bahaya elektrik dengan mengesan serta memutuskan arus tidak normal dan litar pintas.
Selain itu, tindakan juga diambil untuk menggantikan lampu jalan rosak di antara persimpangan Jalan Penampang–Jalan Penampang Lama dan Jalan Penampang Lama–Jalan Bundusan, katanya.
Tambahnya sebuah ‘sky-master’ digunakan untuk membantu kerja terbabit.
Masalah teknikal juga dikenal pasti sebagai punca lampu jalan rosak di Luyang dan Kepayan, menurut jurucakap Jabatan Kejuruteraan DBKK.
Katanya empat lampu jalan didapati “terbakar” di sepanjang Jalan Kebajikan antara persimpangan Jalan Sang Kancil dan Jalan Kolam.
“Kontraktor kami telah menggantikan lampu-lampu itu tetapi mengesyaki kerosakan itu mungkin menyebabkan lampu lain berfungsi secara tidak konsisten,” katanya.
Tambahnya kontraktor itu juga membaiki “litar terpelantik” di bahagian Luyang ini.
“Lampu di jalan sepanjang 590 meter yang memisahkan kedua-dua persimpangan itu dipantau untuk beberapa waktu selepas dibaiki bagi memastikan pencahayaan kekal stabil.”Dalam kes di satu bahagian Jalan Kolam, katanya, mekanisme rosak dalam panel kawalan menyebabkan 10 lampu di pembahagi jalan antara persimpangan menuju ke Kompleks Mahkamah Tinggi dan Wisma HCS tidak berfungsi.
“Kemudahan ini dipulihkan selepas kontraktor kami menetapkan semula panel itu. Dia turut memeriksa keadaan lampu di pembahagi jalan selama beberapa hari selepas itu sebelum mengesahkan semuanya berjalan lancar.”Pembahagi jalan antara persimpangan Mahkamah Tinggi dan Wisma HCS meliputi jarak kira-kira 724 meter.
Mengenai Lorong Rampai, jurucakap itu berkata, pembaikan dibuat terhadap tiga lampu 100 watt, tiga ballast 100 watt dan tiga ignitor.
“Kontraktor kami juga menggantikan kabel talian atas yang memberikan perkhidmatan untuk lampu di dua bahagian jalan tersebut,” katanya.
Menurutnya, ‘ballast’ berfungsi mengawal arus elektrik ke lampu serta membekalkan voltan mencukupi untuk menyalakan lampu, manakala ‘ignitor’ pula bertindak sebagai pemula untuk meningkatkan voltan awal agar lampu menyala.
Apabila ditanya berapa kerap penyelenggaraan dilakukan ke atas lampu jalan di sekitar Penampang dan Ibu Negeri, jurucakap itu berkata tiada jadual tetap bagi kerja ini.
“Lampu akan dibaiki apabila perlu sahaja,” katanya.