“Lampu liplap tu main peranan!” – Lelaki Warga India Buka Kedai Tomyam Selepas Pulang Dari Malaysia

Entertainment
17 Jul 2025 • 3:45 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebuah video di TikTok telah meraih perhatian ramai apabila seorang warga India dilaporkan membuka kedai makan berkonsepkan masakan Malaysia dan Thailand di negaranya.

Apa yang menjadi perhatian, kedai makanan itu dinamakan sebagai ‘Tomyam Malaysia’ dan konsepnya tidak ubah seperti di sini.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik oleh @abg.is78, lelaki itu didakwa pernah bekerja di Malaysia sebelum pulang semula ke negaranya dan membuka kedai berkenaan.

Dalam video tersebut, lelaki yang dikenali sebagai Kani Boy dilihat bangga memperkenalkan pelbagai menu di kedainya termasuklah nasi lemak ayam goreng berempah, mee goreng, rojak, apam balik, sate, mee sotong dan tomyam sup.

Menerusi semakan di Facebook, kedai tomyam itu sudah mula beroperasi pada 2 Julai 2025. Dia juga sering memuat naik perkembangan mengenai perniagaan kecilnya itu dan sambutan yang diterima pula amat menggalakkan apabila ramai warga tempatan di India dilihat hadir untuk mencuba sendiri makanan Malaysia yang penuh citarasa.

“Pandai guna pengalaman”

Rata-rata netizen yang melihat perkongsian video itu memuji inisiatif Kani yang membawa nama dan memperkenal menu Malaysia di negaranya.

Netizen turut terharu dengan penggunaan perkataan ‘Malaysia’ di kedainya, yang menunjukkan sajian yang dijual adalah daripada pengalamannya ketika berada di sini.

image is not available image is not available

Semoga maju jaya!

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.