Landasan Kereta Api Hatyai-Padang Besar Dibom, Tiada Kemalangan Jiwa Dilaporkan

4 Dec 2022 • 10:07 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, landasan kereta api antara Hatyai dan Padang Besar telah dibom hingga menyebabkan 11 gerabak kereta api kargo No.707 yang sedang bergerak di kawasan itu tergelincir.

Walau bagaimanapun, memetik laporan Bangkok Post, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Dalam kejadian yang berlaku pada sekitar jam 2 petang itu, tren kargo berkenaan difahamkan sedang membawa getah untuk dibawa masuk ke Malaysia.

image is not available

Ia berlaku apabila kereta api kargo yang beroperasi antara Hatyai dan Padang Besar itu menghampiri stesen kereta api Khlong Ngae.

Pihak berkuasa Thailand percaya bahawa bom yang ditanam di landasan kereta api itu merupakan bom buatan tangan dan ia memang dibuat untuk mensasarkan kereta api yang lalu di kawasan itu.

Mereka juga menemui lubang besar di kawasan landasan yang dipercayai kesan dibom.

image is not available

Nasib empat kakitangan kereta api itu baik kerana mereka dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kejadian tersebut juga telah menyebabkan laluan Hatyai-Padang Besar terpaksa ditutup selama beberapa untuk dibaiki kerana ia telah rosak teruk.

Sumber: Bangkok Post

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.