Langganan VSCO Studio Pro Dilancarkan Dengan Ciri Suntingan Gambar Secara Pukal – RM25 Sebulan

TechnologyDigital
19 Jun 2026 • 2:31 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

VSCO Studio Pro dilancarkan secara rasmi sebagai aplikasi khusus untuk jurugambar profesional dengan fokus kepada suntingan gambar berskala besar. Ia kini tersedia di iOS dan akan hadir ke macOS pada hujung tahun ini.

Image from: Langganan VSCO Studio Pro Dilancarkan Dengan Ciri Suntingan Gambar Secara Pukal – RM25 Sebulan

Antara ciri utama VSCO Studio Pro ialah kemampuan menyunting sehingga 100 keping gambar serentak menggunakan tetapan sedia ada dan penuras untuk menjadikan proses suntingan lebih cepat serta konsisten. Ia juga menawarkan lebih daripada 200 preset suntingan VSCO bersama kawalan manual yang mudah digunakan. Antara pelarasan yang tersedia termasuk cahaya, kontras, imbangan warna, tona, ketajaman dan lain-lain.

Image from: Langganan VSCO Studio Pro Dilancarkan Dengan Ciri Suntingan Gambar Secara Pukal – RM25 Sebulan

Ciri utama lain yang ditawarkan oleh VSCO Studio Pro ialah AI Style Match. Fungsi berasaskan AI ini mampu menganalisis imej dan meniru tona, warna serta mood untuk memastikan gaya suntingan sentiasa konsisten meliputi keseluruhan koleksi gambar. Dengan ciri ini, jurugambar boleh mengekalkan gaya yang sama tanpa perlu menyunting setiap gambar satu persatu.

Image from: Langganan VSCO Studio Pro Dilancarkan Dengan Ciri Suntingan Gambar Secara Pukal – RM25 Sebulan

Selain itu, VSCO Studio Pro turut hadir dengan sokongan VSCO Galleries, yang membolehkan pengguna membina galeri gambar dan video dengan susun atur kemas serta paparan yang menonjolkan karya yang dipersembahkan. Ciri ini menjadikan hasil kerja bukan sahaja konsisten dari segi gaya, tetapi juga tampak lebih profesional apabila dipersembahkan kepada penonton.

Image from: Langganan VSCO Studio Pro Dilancarkan Dengan Ciri Suntingan Gambar Secara Pukal – RM25 Sebulan

Dari segi langganan, VSCO Studio Pro ditawarkan di Malaysia pada harga RM59.90 sebulan untuk pelan bulanan. Bagi pelan tahunan, ia berharga RM299.90 setahun dan termasuk percubaan percuma 7 hari sebelum pengguna membuat keputusan untuk melanggan.

Image from: Langganan VSCO Studio Pro Dilancarkan Dengan Ciri Suntingan Gambar Secara Pukal – RM25 Sebulan

Dalam masa sama, VSCO turut membuka pendaftaran awal untuk VSCO One iaitu sebuah ekosistem baharu yang menghimpunkan Studio Pro bersama pelbagai aplikasi dan perkhidmatan lain di bawah VSCO untuk menjadikannya pilihan lebih menyeluruh untuk jurugambar profesional.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved