Langgar syarat permit pergerakan haiwan, JPV Terengganu rampas 20 lembu, tahan dua suspek 

12 Nov 2026 • 1:39 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Langgar syarat permit pergerakan haiwan, JPV Terengganu rampas 20 lembu, tahan dua suspek 

KUALA TERENGGANU: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu merampas 20 ekor lembu dan menahan dua suspek dipercayai suami isteri, kerana melanggar syarat permit pergerakan haiwan, awal pagi tadi.

Ketua Penguat Kuasa JPV Terengganu Tuan Anuar Sulzi Tuan Abdullah berkata rampasan dianggarkan bernilai lebih kurang RM50,000 termasuk lori itu, dibuat dalam satu serbuan di sebuah kandang di Kampung Surau Haji Daud di sini kira-kira 2 pagi.

Beliau berkata pemeriksaan mendapati, suspek melakukan kesalahan di bawah Akta Binatang 1953 apabila memindah dan menurunkan haiwan di lokasi yang berbeza daripada yang dinyatakan dalam permit.

“Bahagian penguat kuasa telah menjalankan risikan selama sebulan sebelum serbuan dijalankan. Siasatan mendapati lori dari Kelantan yang membawa haiwan tersebut, sepatutnya menurunkan ternakan itu di negeri lain, tetapi diturunkan di Terengganu tanpa kebenaran.

“JPV Terengganu sedang memeriksa, sekiranya terdapat ancaman serangan wabak penyakit kuku dan mulut (FMD) dan bruselosis pada haiwan-haiwan tersebut. Kita bimbang aktiviti seumpama ini akan menjejaskan kerja-kerja kawalan wabak dan menyebabkan risiko penularan penyakit,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Dalam pada itu Tuan Anuar Sulzi turut menegaskan bahawa pihaknya sentiasa menjalankan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan, walaupun pada musim tengkujuh dengan kerjasama pelbagai agensi penguatkuasaan lain.

Oleh itu beliau mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti penyeludupan haiwan, kerana boleh dikenakan hukuman tegas termasuk denda serta lucut hak.

“Setakat tahun ini, JPV Terengganu telah merekodkan 14 kes dengan nilai denda dan lucut hak hampir RM100,000. Aktiviti penguatkuasaan oleh JPV  berjalan 24 jam sehari, tujuh hari seminggu,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved