[VIDEO] Polis buru dua lelaki samun kedai emas

12 Nov 2026 • 4:17 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Polis buru dua lelaki samun kedai emas

KUALA NERUS – Polis sedang giat memburu dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian samun bersenjata parang di kedai emas Permata Al Idrus di Batu Enam di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintenden Wan Mohd. Zaki Wan Ismail berkata, usaha mengesan kedua-dua suspek sedang giat dijalankan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada pukul 10.46 pagi sebelum siasatan awal mendapati salah seorang suspek yang bersenjatakan sebilah parang.

“Kejadian berlaku dengan sangat pantas iaitu tidak sampai seminit ketika empat pekerja sedang bertugas di dalam premis berkenaan.

“Kedua-dua suspek berjaya melarikan tiga dulang barang kemas sebelum meloloskan diri dengan menaiki sebuah kereta,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Wan Mohd. Zaki berkata, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut, manakala jumlah kerugian masih belum dapat dipastikan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

 

The post [VIDEO] Polis buru dua lelaki samun kedai emas appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved