‘Langit Jepun, Vietnam membiru, sampai Malaysia rasa nak menangis’

LocalEnvironment
23 Oct 2026 • 11:10 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Langit Jepun, Vietnam membiru, sampai Malaysia rasa nak menangis’

PETALING JAYA – Seorang pengembara meluahkan rasa sedih dengan keadaan udara di Malaysia yang masih lagi diselubungi jerebu akibat pencemaran.

Ini kerana katanya, keadaan itu amat jauh berbeza dengan keadaan persekitaran di dua buah negara yang dikunjungi sebelum sampai di Malaysia iaitu Jepun dan Vietnam.

Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, individu yang dikenali sebagai Mjaaaja berkata, dia sangat sedih apabila sampai di Malaysia kerana kualiti udaranya yang teruk berjerebu.

“Hari ini punya ruang udara tiga negara, macam nak menangis bila tengok (ruang udara) Malaysia,”katanya.

Tambah individu itu, dia merantau ke Jepun selama lima hari dan telah singgah sekejap di Vietnam untuk transit.

“Lima hari merantau ke Jepun , transit di Vietnam dan dapat tengok langit membiru. Bila lihat langit Malaysia aduh sakitnya,”kata individu itu.-KOSMO! ONLINE

The post ‘Langit Jepun, Vietnam membiru, sampai Malaysia rasa nak menangis’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved