‘Terus berjuang, terus berdoa’ – Liza Hanim sebak lihat anak bakal duduki SPM mohon restu, sanggup datang jauh beri sokongan

Family & Parenting
24 Oct 2026 • 8:57 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: ‘Terus berjuang, terus berdoa’ – Liza Hanim sebak lihat anak bakal duduki SPM mohon restu, sanggup datang jauh beri sokongan

PENYANYI Liza Hanim tidak dapat menyembunyikan rasa sebak apabila menyaksikan anaknya, Marissa Qaireen, memohon restu ibu bapa dan guru menjelang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Momen berkenaan itu dikongsikan Liza menerusi hantaran di media sosial selepas menghadiri Majlis Restu Anak-Anak Eunoia di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Alor Gajah, Melaka.

“Menghadiri Majlis Restu Anak-Anak Eunoia. Insya-ALLAH untuk anak yang seorang ini, kerana sendirian di negeri orang, ayah dan mama akan usaha untuk sampai, apatah lagi di saat-saat pecutan akhir SPM,” tulisnya.

Tambahnya, suasana menyaksikan anak-anak bermaafan sesama rakan, memohon restu ibu bapa serta meminta guru menghalalkan ilmu mengundang pelbagai sebak.

Image from: ‘Terus berjuang, terus berdoa’ – Liza Hanim sebak lihat anak bakal duduki SPM mohon restu, sanggup datang jauh beri sokongan

Pelantun lagu Siapa Sangka Siapa Menduga itu juga menitipkan kata-kata semangat buat anaknya agar terus cekal menghadapi peperiksaan berkenaan yang bakal bermula Isnin depan.

"Melihat anak anak Eunoia bermaafan sesama rakan, memohon restu dari ibu dan ayah, terutama sekali memohon guru guru tersayang menghalalkan segala ilmu yang diajar sangat menyentuh hati.

"Turut mengabadikan memori bersama guru homeroom kak ngah yang sangat banyak dan besar jasanya buat kak ngah, juga ibu-ibu HR Miss Norma. Sebak dah.

"Terus berjuang Marissa Qaireen terus berdoa," titipnya.

Warganet turut berkongsi ucapan selamat maju jaya.

Sekadar info, seramai 420,879 calon bakal menduduki peperiksaan SPM 2026 di 3,334 buah pusat peperiksaan seluruh negara mulai 26 Oktober ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved