Langsung tiada perbincangan dengan PH – Asna

LocalPolitics
4 Aug 2026 • 8:56 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Langsung tiada perbincangan dengan PH – Asna

SEREMBAN – Ahli Dewan Undangan Negeri Lenggeng, Datuk Mohd Asna Amin menafikan dakwaan kononnya terdapat perbincangan untuk membawa Pakatan Harapan (PH) menyertai kerajaan Negeri Sembilan.

Beliau yang juga bekas Timbalan Yang Dipertua (Speaker) DUN Negeri Sembilan berkata, sehingga kini langsung tidak pernah berlaku sebarang rundingan berhubung perkara itu dan menegaskan khabar angin yang tersebar hanyalah spekulasi.

“Saya ingin menegaskan, langsung tiada perbincangan dengan PH. Titik,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terbaharu, tular di media sosial dakwaan PH akan menyertai pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan sehingga menimbulkan rasa kurang senang penyokong BN dan Perikatan Nasional (PN).

Dalam pada itu, Mohd Asna turut menggesa semua pihak menghentikan polemik politik dan memberi ruang kepada Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu untuk melaksanakan amanah mentadbir negeri serta menunaikan manifesto pilihan raya demi kepentingan rakyat.

Menurutnya, semua pemimpin perlu mengutamakan pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat berbanding terus menghangatkan isu-isu yang boleh mengeruhkan keadaan politik.

Mengulas dakwaan Tan Sri Rais Yatim mengenai kononnya wujud campur tangan pihak luar dalam urusan pelantikan Menteri Besar Negeri Sembilan, beliau berkata dakwaan itu tidak berasas.

Katanya, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak pernah mencampuri urusan institusi Raja dan adat Negeri Sembilan, malah bertindak mengikut lunas undang-undang. – KOSMO! ONLINE

The post Langsung tiada perbincangan dengan PH – Asna appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved