Lans Koperal Alif Monjani Didakwa Bunuh Nur Farah Kartini, Berpunca Dari Perselisihan Hubungan

26 Jul 2024 • 11:26 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Anggota polis berpangkat Lans Koperal, Alif Monjani telah didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu atas pertuduhan bunuh Nur Farah Kartini Abdullah.

Tertuduh berusia 26 tahun itu didakwa membunuh graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terbabit di ladang kelapa sawit Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam di antara 10 Julai hingga 15 Julai lalu.

Menurut laporan Berita Harian, dia didakwa melakukan pembunuhan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati atau penjara di antara 30 hingga 40 tahun dengan tidak kurang 12 sebatan

image is not available

Difahamkan, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh sebaik kertas pertuduhan dibacakan kepada di hadapan Hakim, Nurul Mardhiah Mohammed Redza, kerana kes itu adalah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Sebelum ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata pihak polis percaya punca pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah adalah berkaitan perselisihan perhubungan mangsa dan suspek.

Bagaimanapun, punca kematian mangsa masih belum diperoleh kerana masih dalam siasatan pihak hospital.

Dalam pada itu, beliau turut berkata jumlah bahan bukti diperoleh pihak polis sudah cukup untuk menuduh suspek.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved