Lans Koperal Mohammad Aizat didakwa masukkan dadah dalam badan

15 Jul 2026 • 12:33 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lans Koperal Mohammad Aizat didakwa masukkan dadah dalam badan
Mohammad Aizat ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Rabu.
Image from: Lans Koperal Mohammad Aizat didakwa masukkan dadah dalam badan
Mengikut pertuduhan, Mohamad Aizat (kanan) didakwa memasukkan dadah berbahaya jenis ketamin dan MDMA ke dalam badan di Bilik VIP 1

IPOH - Seorang anggota polis berpangkat lans koperal dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Rabu atas pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan di sebuah premis hiburan, April lalu.

Tertuduh, Mohammad Aizat Zamli, 26, bertugas di Balai Polis Segamat, Johor bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret S Punitha.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memasukkan dadah berbahaya jenis ketamin dan MDMA ke dalam badan di Bilik VIP 1 Grand OC Sdn Bhd, Wisma Wolley, Jalan Canning Estate, Taman Ipoh dalam daerah Kinta kira-kira jam 5.04 pagi pada 5 April 2026.

**media[3582754]**

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda tidak melebihi RM5,000, jika sabit kesalahan.

Kes turut dibaca bersama Seksyen 38B(1) akta sama yang memperuntukkan tertuduh boleh diletakkan di bawah pengawasan bagi tempoh antara dua hingga tiga tahun selepas menjalani hukuman.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Zulqarnain Wan Asmira menawarkan jaminan sebanyak RM4,000.

Tertuduh yang diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nur Nadzrah Badarudin memohon jumlah jaminan minimum dengan alasan anak guamnya masih bujang dan menanggung bapanya yang uzur.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 26 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved