Lantang tegakkan kebenaran! Mat Sabu yakin Melayu semakin matang, tak mudah terpedaya sentimen politik

LocalPolitics
22 Jul 2026 • 9:53 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pakatan Harapan (PH) dan Parti Amanah Negara (Amanah) akan terus berpegang kepada prinsip mengutamakan kepentingan rakyat serta negara, meskipun berdepan kemungkinan kerjasama politik antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, PH tidak perlu panik dengan sebarang perkembangan politik, sebaliknya perlu terus bekerja keras serta mengekalkan pendekatan matang dalam mentadbir negara demi kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal komited membela kepentingan orang Melayu dan memartabatkan Islam menerusi dasar yang memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.

“Kami akan terus mempertahankan Islam sebagai agama Persekutuan, institusi Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu dan hak Bumiputera seperti yang termaktub dalam Perlembagaan sambil membina negara yang stabil, maju dan dihormati oleh dunia,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Image from: Lantang tegakkan kebenaran! Mat Sabu yakin Melayu semakin matang, tak mudah terpedaya sentimen politik

BATU PAHAT, 6 Jun — Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu berucap pada Pelancaran Jentera Pilihan Raya Harapan Johor bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke 16, di Kim?s Park Business Centre hari ini.
–fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA??

Mohamad berkata, PH tidak akan sesekali terperangkap dengan permainan politik yang bersandarkan sentimen perkauman dan perpecahan, sebaliknya akan terus memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh kestabilan negara.

Menurut beliau, naratif yang menggambarkan orang Melayu sentiasa berada dalam keadaan terancam juga perlu dihentikan kerana ia hanya menanam rasa takut dalam kalangan masyarakat.

Artikel lain: Kekalkan Kerajaan Harapan di Negeri Sembilan supaya kerja untuk rakyat diteruskan – Mat Sabu

Katanya, tanggungjawab kerajaan adalah membina keyakinan rakyat, bukan menyemai kebimbangan, selain melahirkan masyarakat Melayu yang berilmu, berintegriti, bermaruah, yakin diri dan mampu bersaing di peringkat global.

Image from: Lantang tegakkan kebenaran! Mat Sabu yakin Melayu semakin matang, tak mudah terpedaya sentimen politik

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa masyarakat Melayu kini semakin matang, berdikari dan tidak lagi mudah dipengaruhi permainan sentimen politik yang berpanjangan.

Mohamad berkata, beliau mahu melihat lahirnya generasi Melayu yang kukuh dari segi ekonomi, menguasai teknologi serta berupaya bersaing dengan bangsa lain di peringkat dunia tanpa bergantung kepada ihsan mana-mana pihak.

“Saya juga seperti anda semua, nak lihat lahirnya generasi Melayu yang berilmu, berintegriti, berdikari dan berani bersaing dengan sesiapa pun. Melayu yang kukuh ekonominya, mampu menguasai teknologi dan boleh menguasai dunia seperti bangsa-bangsa lain di dunia ini.
“Mereka (Melayu) bukan lagi bangsa yang mengharapkan ihsan semata-mata dan Melayu kini semakin berani berdikari dan lantang menegakkan kebenaran,” katanya.

Sumber: Malaysiakini

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved