Lapan Cedera Dalam Kemalangan Lori Dan Van Persiaran Di Jalan Tun Razak

19 Apr 2026 • 7:55 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Lapan Cedera Dalam Kemalangan Lori Dan Van Persiaran Di Jalan Tun Razak

Lapan Cedera Dalam Kemalangan Lori Dan Van Persiaran Di Jalan Tun Razak

KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama) -- Lapan individu cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah lori dan sebuah van persiaran berhampiran Perpustakaan Negara Malaysia di Jalan Tun Razak di sini petang tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan mangsa terdiri daripada pemandu lori berusia 56 tahun yang cedera di bahagian mata dan kelindan berusia 46 tahun, yang cedera di bahagian kaki.

Kenyataan itu memaklumkan terdapat 15 individu dalam van tersebut termasuk pemandu, dan enam orang cedera ringan manakala sembilan lagi tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kesemua mangsa yang cedera telah diberi rawatan awal oleh pihak ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia di lokasi kejadian sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur,” katanya.

Menurut kenyataan itu, pasukan operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa bersama-sama sebuah jentera Light Fire Rescue Tender dengan kekuatan lima anggota tiba di lokasi kejadian pada 4.14 petang selepas menerima panggilan kecemasan pada 4.04 petang.

Baca juga: