Lapan kawasan catat IPU tidak sihat, Johan Setia cecah 155

LocalEnvironment
23 Aug 2026 • 9:40 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Lapan kawasan catat IPU tidak sihat, Johan Setia cecah 155

SHAH ALAM, 23 OGOS: Lapan kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 8.15 pagi hari ini.

Berdasarkan portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), bacaan tertinggi direkodkan di Serian, Sarawak iaitu 198.

Turut mencatat bacaan tidak sihat di Sarawak ialah Kuching dengan IPU 185, Sri Aman (178), Samarahan (177) dan Sarikei (128).

Di Selangor, Johan Setia turut berada pada tahap tidak sihat apabila merekodkan bacaan IPU 155, manakala Sungai Petani, Kedah mencatatkan 127 dan Taiping, Perak 116.

Sementara itu, 60 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan IPU kategori sederhana membabitkan beberapa negeri termasuk Selangor, Sarawak, Perak, Kedah, Melaka, Pulau Pinang, Perlis, Johor, Sabah, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Kategori sama turut direkodkan di Putrajaya, Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Di Selangor, Shah Alam merekodkan bacaan IPU 96 manakala Petaling Jaya pada paras 81. Bukit Rambai di Melaka yang sebelum ini berada pada kategori tidak sihat pula menunjukkan penurunan kepada 93.

Putrajaya mencatatkan bacaan 89 dan Kuala Lumpur 87, manakala di Johor, Tangkak merekodkan IPU 84 serta Batu Pahat dan Pasir Gudang masing-masing 83.

Di Perlis, Kangar merekodkan bacaan sederhana pada paras 84, sementara Tanah Merah menjadi satu-satunya kawasan di Kelantan dalam kategori sama dengan bacaan 65.

Bacaan IPU antara sifar hingga 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat manakala bacaan melebihi 300 dianggap berbahaya. Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan bacaan daripada 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai kualiti udara menerusi saluran rasmi Jabatan Alam Sekitar melalui portal eqms.doe.gov.my atau aplikasi MyJAS EQMS di Google Play dan App Store.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved