Tujuh kawasan termasuk Johan Setia catat IPU tidak sihat 

LocalEnvironment
23 Aug 2026 • 3:37 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tujuh kawasan termasuk Johan Setia catat IPU tidak sihat 

PETALING JAYA: Sebanyak tujuh kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat berdasarkan laman sesawang Jabatan Aam Sekitar (JAS) setakat pukul 11 pagi, hari ini. 

Kawasan yang terjejas melibatkan empat lokasi di Sarawak iaitu di IPD Serian dengan IPU 190, Kuching (180), Sri Aman (176) dan Samarahan (173), manakala tiga lagi kawasan ialah di Johan Setia, Selangor (158), Sungai Petani, Kedah (151) dan Taiping, Perak (109). 

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Azuri Azizah Saedon berkata, kualiti udara dalam negara pada hari ini didapati merosot dengan peningkatan kawasan yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat melibatkan Taiping dan beberapa kawasan di Sarawak yang disebabkan oleh pergerakan asap jerebu daripada pelbagai arah.

“Berdasarkan laporan oleh ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) yang berpusat di Singapura pada 22 Ogos, imej satelit National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) 20, terdapat 406 titik panas (hotspot) dikesan di Kalimantan, 174 titik panas dikesan di Sumatera dan lapan titik panas dikesan di dalam negara iaitu lima di Sarawak dan masing-masing satu di Pahang, Kelantan dan Terengganu,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Azuri Azizah berkata, JAS melalui Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan (PTJK) sentiasa memantau kualiti udara dari semasa ke semasa dan tindakan yang akan diambil adalah selaras dengan PTJK yang melibatkan kesemua agensi-agensi berkaitan. 

Beliau berkata, antara tindakan yang perlu dilaksanakan adalah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat daerah, negeri atau pusat apabila bacaan IPU melebihi 150 bagi tempoh lebih 24 jam. 

“Semua aktiviti di luar bilik darjah hendaklah dihentikan apabila bacaan IPU melebihi 100. Sekolah, tadika dan taska pula ditutup serta-merta apabila bacaan IPU melebihi 200. 

“Bagi tujuan ini, pihak sekolah, tadika dan taska dikehendaki sentiasa memantau bacaan IPU. Sekiranya trend bacaan menunjukkan peningkatan ke arah 200 persediaan perlu dilaksanakan untuk menutup sekolah, tadika dan taska yang berkenaa.

“Operasi Pembenihan Awan (OPA) akan dilakukan tertakluk kepada kehadiran awan dan cuaca yang sesuai pada bacaan IPU melebihi 150 bagi tempoh lebih daripada 24 jam,” katanya.  –UTUSAN

The post Tujuh kawasan termasuk Johan Setia catat IPU tidak sihat  appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved