Tujuh Kawasan Di Empat Negeri Catat IPU Tidak Sihat Pagi Ini

LocalEnvironment
23 Aug 2026 • 2:06 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Tujuh Kawasan Di Empat Negeri Catat IPU Tidak Sihat Pagi Ini

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) — Tujuh kawasan di empat negeri mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini, dengan empat daripadanya di Sarawak.

Menurut data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), empat kawasan di Sarawak itu melibatkan IPD Serian yang mencatat IPU 194, sekali gus menghampiri tahap sangat tidak sihat, selain Kuching (183), Sri Aman (177) dan Samarahan (175).

Tiga lagi kawasan yang merekodkan tahap IPU tidak sihat ialah Johan Setia di Selangor dengan bacaan 157, diikuti Sungai Petani di Kedah (140) dan Taiping, Perak (121).

Selain itu, 61 kawasan di seluruh negara merekodkan kualiti udara pada tahap sederhana, manakala tiada kawasan mencatatkan bacaan baik, sangat tidak sihat atau berbahaya setakat pagi ini.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) terus memantau kualiti udara ambien negara menerusi 68 stesen pengawasan bagi mengesan sebarang perubahan ketara yang boleh menjejaskan kesihatan awam dan alam sekitar, dengan data IPU dikemas kini pada setiap jam.

Bacaan IPU 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

The post Tujuh Kawasan Di Empat Negeri Catat IPU Tidak Sihat Pagi Ini appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved