Lapan lot gerai di Astaka Stadium Bandaraya musnah dalam kebakaran

18 Jan 2023 • 1:44 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

GEORGE TOWN: Lapan lot gerai makanan termasuk sebuah gerai nasi campur terkenal di Astaka Stadium Bandaraya, di sini musnah dalam kebakaran pagi ini.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana beberapa peniaga sempat menyelamatkan diri sebaik menyedari kebakaran berlaku dipercayai bermula dari lot kedai tomyam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, A’Azelan Hassan berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 7.30 pagi sebelum jentera digerakkan ke lokasi kebakaran.

“Kebakaran itu melibatkan antaranya kedai tomyam, kedai nasi campur dan kedai minuman yang terdapat di situ dan kerja-kerja pemadaman berjaya mengawal api dari merebak ke lot-lot gerai lain yang terdapat di situ,“ katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati punca kebakaran kemungkinan daripada litar pintas kerana ada saksi kejadian memaklumkan mereka ternampak berlaku litar pintas di lot kedai di situ sebelum kebakaran berlaku dan merebak.

Beliau berkata pihak bomba berjaya memadamkan sepenuhnya api pada 7.52 pagi dan setakat ini jumlah kerugian masih dalam siasatan. -Bernama