Lapan peguam wakili Shuhaily di mahkamah

LocalPolitics
21 Oct 2026 • 11:45 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lapan peguam wakili Shuhaily di mahkamah

PETALING JAYA – Seramai lapan penguam bela mewakili Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain yang berdepan pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis dalam insiden di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bulan lalu.

Mereka ialah Datuk Rosal Azimin Ahmad, Datuk Yaacob Md Sam, Datuk Dr Baljit Singh Sidhu, Datuk Akberdin Abdul Kader, Datuk Ahmad Zaidi Zainal, Md Yunos Shariff, Muhammad Rafique Rashid Ali dan Kitson Foong.

Terdahulu Mohd. Shuhaily mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan di hadapan Majistret Khairatul Animah Jelani pada prosiding di Mahkamah Majistret Sepang.

Dalam kejadian pada 28 September lalu itu, dua anggota polis mendakwa mereka dikasari secara fizikal oleh Mohd. Shuhaily.

Paparan kejadian itu menjadi tular di media sosial menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV).

Susulan penularan video berkenaan, Mohd. Shuhaily tampil memberikan penjelasan bahawa kejadian berlaku ketika beliau bersama pasukan menjalankan pemeriksaan kesiapsiagaan operasi AKPS di KLIA sempena acara Formula 1 Bahrain Grand Prix 2026. – KOSMO! ONLINE

The post Lapan peguam wakili Shuhaily di mahkamah appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved