Lapan Pelajar Direman Selepas Video Gaduh Tular, Didakwa Berpunca Daripada Video Tak Senonoh AI

LocalTechnology
15 Jul 2026 • 6:13 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Satu insiden pergaduhan membabitkan beberapa pelajar menjadi perhatian selepas rakaman berdurasi 27 saat tular menerusi aplikasi WhatsApp.

Memetik laporan Sinar Harian, kes itu dipercayai berpunca daripada salah faham berkaitan dakwaan penyebaran kandungan tidak senonoh berunsur seksual yang disunting menggunakan teknologi AI.

Video bergaduh tersebar

Image from: Lapan Pelajar Direman Selepas Video Gaduh Tular, Didakwa Berpunca Daripada Video Tak Senonoh AI
Kredit foto: Utusan

Susulan kejadian itu, lapan pelajar lelaki berusia 13 dan 14 tahun direman selama dua hari bagi membantu siasatan polis.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata.

Berdasarkan keterangan kes, pihak polis menerima maklumat mengenai video pergaduhan membabitkan beberapa pelajar dan seorang lelaki.

Pergaduhan dilaporkan berlaku di kawasan kedai Batu 5, Jalan Apas, Tawau Sabah di mana lelaki tersebut menggunakan topi keledar sebagai senjata.

Siasatan awal mendapati pergaduhan tercetus disebabkan video AI yang disunting menggunakan wajah dua individu sebelum dikatakan tersebar di media sosial.

Namun, hasil siasatan lanjut polis mendapati tiada sebarang video suntingan AI seperti yang didakwa ditemui di mana-mana platform media sosial.

The post Lapan Pelajar Direman Selepas Video Gaduh Tular, Didakwa Berpunca Daripada Video Tak Senonoh AI appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved