Lapan pemancing dilapor hilang petang semalam ditemukan selamat

2 Nov 2024 • 10:23 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUCHING, 2 NOV: Lapan lelaki yang dilaporkan hilang setelah keluar memancing dari Jeti Semariang Batu dengan sebuah bot pada Selasa lepas ditemukan dalam keadaan selamat hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata pasukan mencari dan menyelamat berjaya menemukan bot yang dinaiki kesemua lelaki pada 1.45 tengah hari tadi.

“Bot pancing tersebut kemudian ditunda kembali ke Jeti Semariang Batu dan kesemua mangsa tiba dengan selamat pada 5.25 petang.

“Punca kejadian adalah disebabkan masalah enjin bot yang dialami semasa perjalanan pulang,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan Pengarah Maritim Negeri Sarawak Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin Jusoh sebelum ini memaklumkan pemancing terbabit ialah Husin Ayub, 67; Samarin Sharkawi, 33, Mohamad Haikal Sharkawi, 17, Mohd Azizi Hamzi, 17, Dahlan Ramli, 41, Hasrin Ismail, 53, Johari Bujang, 51, dan Abdullah Ajek, 56.

Menurut ahli keluarga seorang daripada mangsa, kesemua pemancing dijadualkan pulang pada Khamis tetapi gagal tiba yang menyebabkan laporan polis dibuat berhubung kehilangan mereka petang semalam.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved