Lapan Penumpang Bot Hilang Selamat Tiba Di Jeti Kampung Samariang Batu

2 Nov 2024 • 8:10 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tiga kru dan lima pemancing selamat tiba setelah hilang sejak Khamis

Lapan Penumpang Bot Hilang Selamat Tiba Di Jeti Kampung Samariang Batu. Dilaporkan, sebuah bot pancing yang membawa tiga kru dan lima pemancing yang dilaporkan hilang sejak Khamis akhirnya tiba dengan selamat di Jeti Kampung Semariang Batu. Semua penumpang dalam keadaan selamat dan sihat.

Jurumudi bot, Samarin Sharkawi, 37, menjelaskan bahawa bot mereka terkandas di perairan laut Paloh sejak Khamis akibat kerosakan pada alat penghidup enjin.

image is not available
Lapan Penumpang Bot Hilang Selamat Tiba Di Jeti Kampung Samariang Batu. Sumber gambar: Utusan Borneo

Sepatutnya pulang pada Khamis

Walaupun berlepas pada hari Selasa dan sepatutnya pulang pada Khamis, kerosakan pada ‘starter’ menyebabkan enjin gagal dihidupkan.

Mereka berusaha meminta bantuan, tetapi hanya berjaya menghubungi pasukan penyelamat setelah bot hanyut sekitar tujuh batu dari darat. Pasukan penyelamat tiba dua jam kemudian, membekalkan air minuman dan ais serta berjaya membaiki enjin bot.

image is not available
Sumber gambar: The Borneo Post

Menurut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan segera sebaik menerima laporan, dengan bantuan pemantauan dari udara oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Maritim Malaysia turut mengingatkan komuniti maritim, terutama pemancing, agar sentiasa mematuhi langkah keselamatan, memakai jaket keselamatan, dan membawa personal locator beacon (PLB).

Lagi berita terkini untuk anda di sini: