‘Lapangan terbang sudah dibuka namun tiada penerbang pulang ke KL’

7 Sep 2026 • 11:19 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: ‘Lapangan terbang sudah dibuka namun tiada penerbang pulang ke KL’

PETALING JAYA: Presiden Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar merupakan antara rakyat Malaysia yang masih terkandas di Indonesia selepas penerbangan pulang ke tanah air mereka dibatalkan.

Ia berikutan penutupan beberapa buah lapangan terbang termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta (CGK), Jakarta susulan letusan Gunung Anak Krakatau pada Jumaat lalu.

Zainul Rijal yang juga peguam memberitahu, penerbangan beliau dijadualkan berlepas pada pukul 10 pagi tadi namun terpaksa dianjakkan semula pada hari esok susulan ruang udara yang masih diselubungi abu gunung berapi Anak Krakatau.

“Semalam CGK tutup seperti dalam notis sehingga pukul 5.30 pagi tadi dan hari ini lapangan terbang buka tetapi penerbangan tidak berlepas ke Kuala Lumpur.

“Kami dimaklumkan tiada penerbangan akan dilepaskan sehingga pukul 6 petang hari ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, jadual bahau penerbangannya telah ditetapkan pada pukul 9 pagi esok namun mungkin boleh berubah mengikut situasi semasa.

“Jadualnya pada pukul 9 pagi tetapi tidak tahu lagi masih tidak pasti dengan situasi sekarang,” katanya.

Sementara itu pelakon, Puteri Sarah Liyana yang turut terkandas di Jakarta memaklumkan di media sosialnya bahawa penerbangan pulang beliau ke Kuala Lumpur telah dijadualkan semula petang ini.

Sebelum ini media melaporkan Indonesia menutup beberapa buah lapangan terbang termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta ekoran letusan Gunung Anak Krakatau sekali gus menyebabkan sejumlah jadual penerbangan terpaksa dibatalkan. – UTUSAN

The post ‘Lapangan terbang sudah dibuka namun tiada penerbang pulang ke KL’ appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved