Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH), yang baru didedahkan kepada umum selepas mendapat persetujuan Jemaah Menteri, mengandungi pelbagai penemuan berkaitan tadbir urus, pengurusan kewangan dan amalan perakaunan TH bagi tempoh 2014 hingga 2020. Kerajaan turut memaklumkan laporan itu akan dibentangkan untuk dibahaskan di Dewan Rakyat, manakala siasatan lanjut oleh agensi penguat kuasa akan diteruskan berdasarkan penemuan RCI.

Antara penemuan yang mendapat perhatian ialah TH diperuntukkan sebanyak RM74 juta bagi pembayaran bonus kakitangan pada tahun 2014, dengan penerima berprestasi tertinggi menerima bonus sehingga 13 bulan gaji.
Menurut laporan RCI, kakitangan menerima antara satu hingga 11 bulan bonus tahunan, selain tambahan dua bulan bonus khas. Bagaimanapun, kadar maksimum 13 bulan itu hanya melibatkan kumpulan kakitangan yang mencapai prestasi tertinggi dan bukannya semua warga TH.
RCI berpandangan pembayaran bonus berkenaan adalah tidak wajar memandangkan TH berdepan situasi nilai aset yang lebih rendah daripada liabiliti bagi tempoh 2014 hingga 2017.

Laporan itu menyatakan pembayaran bonus dibuat berdasarkan penilaian aset yang ketika itu menunjukkan TH memperoleh keuntungan yang tinggi, sebelum dasar pemberian bonus dikawal mengikut kemampuan kewangan bermula pada 2018.
Selain itu, RCI turut mendapati penyata kewangan TH bagi tahun 2017 yang melaporkan keuntungan sebanyak RM3.4 bilion tidak mengambil kira sepenuhnya kerugian daripada beberapa pelaburan yang telah mengalami kejatuhan nilai.
Menurut laporan tersebut, sekiranya semua kerugian itu direkodkan mengikut sewajarnya, TH sebenarnya tidak mencatat keuntungan. Sebaliknya, keputusan kewangan bagi tahun berkenaan sepatutnya menunjukkan kerugian bersih RM1.4 bilion, bukannya keuntungan RM3.4 bilion.
RCI menjelaskan keadaan itu berlaku kerana sebahagian kerugian pelaburan tidak direkodkan sepenuhnya, selain TH turut mengiktiraf dividen daripada anak syarikat sebagai pendapatan walaupun bayaran tersebut belum diterima.
Sehubungan itu, suruhanjaya berpendapat penyata kewangan 2017 sepatutnya menunjukkan kerugian RM1.4 bilion dan bukannya keuntungan seperti yang dilaporkan ketika itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Shafie Apdal Dipenjara Lima Minggu Kerana Hina Mahkamah, Hukuman Ditangguh Sementara Rayuan
The post (Laporan RCI) : Tabung Haji Rugi RM1.4 Bilion, Bonus Kakitangan Tertinggi Dibayar Sehingga 13 Bulan Gaji first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






