Larangan Guna Waze Demi Keselamatan Negara, "Saya Mohon Maaf Andai Menyusahkan Rakyat" - PM

LocalPolitics
23 Oct 2026 • 6:44 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Larangan Guna Waze Demi Keselamatan Negara, "Saya Mohon Maaf Andai Menyusahkan Rakyat" - PM

"Saya mohon maaf andai keputusan pengharaman aplikasi navigasi milik rejim Israel ini menyusahkan rakyat"

Demikian kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan larangan penggunaan aplikasi navigasi Waze dalam kalangan penjawat awam serta kemungkinan pengharaman sepenuhnya aplikasi itu di negara ini.

Larangan guna Waze demi keselamatan negara

Menurutnya, soal keselamatan negara dan rakyat tidak boleh dikompromi sama sekali kerana kedaulatan negara serta keselamatan maklumat peribadi rakyat mesti dipertahankan.

"Walaupun saya tahu saya dikritik, dikecam kerana terburu-buru dan gopoh.

"Saya kata tak apalah kalau agak menyusahkan beberapa orang, saya minta maaf tetapi bagi saya keselamatan negara lebih penting.

"Apalagi negara kita di antara negara yang keras menentang rejim Israel yang kejam itu. Jadi tentunya tindakan kita itu dipantau.

"Saya percaya lepas ini, semua pengaruh mereka akan digunakan untuk menghentam kita. Tapi janganlah rakyat kita sendiri," katanya.

Beliau juga mengakui aplikasi TuJu yang dibina oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mempunyai kelemahan.

Namun dalam masa yang sama beliau menyarankan orang ramai menggunakan aplikasi lain selain Waze sementara TuJu ditambah baik.

"Walaupun saya tahu TuJu itu ada kelemahan, tapi gunalah yang lain-lain.

"Tapi sabarlah kejap. Carilah jalan, jauh sikit tak apalah. Daripada serah maklumat kepada Israel," katanya.

Terdahulu, Anwar berkata kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk mengharamkan sepenuhnya penggunaan aplikasi Waze di Malaysia.

Beliau berkata langkah itu mungkin dilakukan selepas kerajaan meneliti alternatif bagi menggantikan Waze, termasuk keupayaan tempatan untuk membangunkan aplikasi seumpamanya yang mampu berfungsi dengan baik, lapor Bernama.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved