Majlis Anugerah Kecemerlangan Industri (AKI) Edisi Ke-27: Kerajaan Perkukuh Pembangunan Industri Tempatan Masa Hadapan

26 Oct 2026 • 1:33 PM MYT
Newswav PR
Newswav PR

Sponsored content from various brands & advertisers

Image from: Majlis Anugerah Kecemerlangan Industri (AKI) Edisi Ke-27: Kerajaan Perkukuh Pembangunan Industri Tempatan Masa Hadapan
Imej oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan Dan Industri (MITI)

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) terus memperkukuh kedudukan sektor perindustrian negara menerusi Majlis Anugerah Kecemerlangan Industri (AKI) 2026, yang dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia dan turut dihadiri oleh YB Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri dan YB Tuan Sim Tze Tzin, Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

Majlis ini menjadi platform pengiktirafan bagi menghargai pencapaian syarikat tempatan dalam aspek daya saing, inovasi dan ketahanan perniagaan di peringkat global. Sejak 1991, AKI turut menyumbang kepada peningkatan daya saing industri melalui penilaian objektif dan komprehensif yang membantu syarikat mengenal pasti kekuatan serta ruang penambahbaikan dalam prestasi perniagaan.

Anugerah Perdana Menteri merupakan pengiktirafan tertinggi AKI 2026 yang diberikan berdasarkan penilaian menyeluruh terhadap kualiti pengurusan, impak produk, amalan kelestarian, dan integrasi teknologi syarikat. Selain anugerah utama ini, sebanyak 14 kategori dipertandingkan merangkumi Sektor Pembuatan, Sektor Perkhidmatan, Kategori Terbuka, Kategori Syarikat Paling Berpotensi, Anugerah Kecemerlangan Industry4WRD, dan Anugerah Kecemerlangan ESG.

UMW Aerospace Sdn. Bhd. meraih Anugerah Perdana Menteri, selain memenangi Anugerah Kecemerlangan Sektor Pembuatan Kategori 3. Bagi kategori yang sama, Ideal Health Care Sdn. Bhd. muncul juara Kategori 1, manakala Syarikat Thong Guan Trading Sdn. Bhd. memenangi Kategori 2.

Bagi Anugerah Kecemerlangan Sektor Perkhidmatan, pemenang terdiri daripada Kawalan Isba Sdn. Bhd. (Kategori 1), Legenda Bumimas Sdn. Bhd. (Kategori 2), Advantage Marine Services (Malaysia) Sdn. Bhd. (Kategori 3) dan EPIC Berhad (Kategori 4). TOTO Malaysia Sdn. Bhd. pula memenangi Anugerah Kecemerlangan Kategori Terbuka, manakala Byond Tech Global Berhad menerima Anugerah Syarikat Paling Berpotensi.

Image from: Majlis Anugerah Kecemerlangan Industri (AKI) Edisi Ke-27: Kerajaan Perkukuh Pembangunan Industri Tempatan Masa Hadapan
Imej oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan Dan Industri (MITI)

Dalam kategori Industry4WRD, Famax Technology (M) Sdn. Bhd. dan Sydney Cake House Sdn. Bhd. masing-masing memenangi Anugerah Kecemerlangan Industry4WRD Kategori 1 dan 2, manakala Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn. Bhd. menerima Anugerah Khas. Bagi Anugerah Kecemerlangan ESG, Polyparts Sdn. Bhd. memenangi Kategori 1, sementara Kawan Food Manufacturing Sdn. Bhd. meraih Kategori 2. Syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (Modenas) turut menerima Anugerah Khas bagi kategori tersebut.

Penganjuran AKI 2026 menyokong aspirasi negara untuk memastikan pertumbuhan sektor perindustrian memberi manfaat secara meluas kepada rakyat, khususnya melalui pewujudan peluang pekerjaan berkualiti, pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan peningkatan taraf hidup. Usaha ini penting bagi memastikan kemajuan industri seiring dengan kesejahteraan rakyat dan kemakmuran ekonomi negara secara berterusan.

Untuk maklumat lanjut mengenai AKI 2026, sila layari laman web rasmi di aki.miti.gov.my.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved