Lari Daripada Polis Peronda? Tujuh Mayat Ditemui Terapung Di Dalam Sungai

LocalPolitics
23 Sep 2024 • 5:14 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Tujuh mayat remaja lelaki ditemui terapung di dalam Sungai Kali Bekasi, Jatiasih, Kota Bekasi di Jawa Barat pada pagi Ahad.

image is not available

Foto: Media sosial

Menurut laporan KOMPAS.com, penemuan kesemua mayat bermula ketika seorang penduduk sedang mencari kucingnya yang hilang di sekitar kawasan tersebut sebelum menyedari terdapat beberapa mayat terapung.

Individu itu kemudian menyampaikan kepada penduduk setempat yang lain untuk mendapatkan bantuan untuk membawa naik mayat-mayat tersebut.

image is not available

Foto: Media sosial

Bagaimanapun, pihak polis dan beberapa pihak berkuasa menjalankan kerja-kerja menyelamat bagi membawa keluar mayat yang ditemukan di dalam sungai.

Hasil siasatan mengatakan tujuh individu itu sebelumnya bertindak terjun ke dalam sungai bagi melarikan diri daripada polis peronda kawasan yang membuat serbuan di tempat tersebut.

image is not available

Foto: Media sosial

Informasi lain turut mengatakan bahawa mereka dipercayai berkumpul untuk menyambut ulang tahun kelahiran namun masih belum ditentukan kesahihannya.

Jumlah keseluruhan individu yang ditahan adalah seramai 22 orang dan pihak polis turut merampas beberapa senjata tajam daripada mereka.

Sumber: KOMPAS.com