Larikan Dua Kanak-Kanak, Penjual Goreng Pisang Dihadapkan Ke Mahkamah

25 Jul 2024 • 1:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Seorang penjual pisang goreng yang melarikan dua kanak-kanak perempuan dengan menaiki Perodua Bezza di Kuala Selangor, tiba bagi proses pendakwaan di Mahkamah Majistret Sungai Besar, pagi ini.

Didakwa Dua Pertuduhan

Suspek lelaki berusia 32 tahun itu tiba kira-kira pukul 8.20 pagi dengan menaiki trak polis.

Lelaki berkenaan dijangka didakwa dua pertuduhan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda sekiranya disabitkan kesalahan.


Sumber sebelum ini melaporkan suasana di sekitar Jeram gempar apabila dua kanak-kanak dilaporkan hilang selepas dilarikan lelaki menaiki Bezza ketika pulang mengaji petang 19 Julai lalu.

Suspek dipercayai berpura-pura bertanyakan alamat dan membawa mangsa bersiar-siar lebih sejam sebelum menurunkan mereka semula di taman perumahan berdekatan

Sumber: Kosmo!