Nak sambung belajar tetapi risau tentang yuran pengajian yang tinggi? Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma boleh menjadi alternatif terbaik untuk lepasan SPM.
Program tajaan kerajaan ini menawarkan latihan dalam pelbagai bidang separa perubatan di institusi latihan KKM.
Sepanjang tempoh latihan, pelatih turut menerima elaun, sekali gus mengurangkan beban kewangan. Selepas tamat pengajian, graduan juga berpeluang membina kerjaya sebagai penjawat awam dalam sektor kesihatan. Menarik kan? Jom kami kongsikan tentang laluan kerjaya yang tak ramai tahu ni.
Baca juga: Aplikasi Info Jualan Rahmah Madani: Cari Lokasi Berhampiran Anda
Apa itu Latihan Separa Perubatan?
Latihan Separa Perubatan ialah program tajaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang melatih lepasan SPM atau kelayakan setaraf dalam pelbagai bidang kesihatan.
Program ini dijalankan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM), manakala urusan permohonan dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA).
Selepas tamat latihan, graduan berpeluang ditawarkan pelantikan tetap atau kontrak ke skim perkhidmatan yang berkaitan dalam Perkhidmatan Awam, tertakluk kepada kekosongan jawatan semasa.
Bilakah Pengambilan Latihan Separa Perubatan Dibuka?
Mulai sesi Oktober 2026, pengambilan Latihan Separa Perubatan diadakan dua kali setahun, iaitu bagi kemasukan April dan Oktober.
Sebelum ini, pengambilan dibuat pada bulan Januari dan Julai, namun takwim tersebut telah dipinda kepada jadual baharu yang berkuat kuasa mulai pengambilan Oktober 2026.
Jenis Latihan Separa Perubatan Yang Ditawarkan
KKM menawarkan dua kategori utama Latihan Separa Perubatan, iaitu:
- Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma – Tempoh latihan selama 3 tahun.
- Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil – Tempoh latihan selama 2 tahun.
Setiap program direka untuk melahirkan tenaga kerja kesihatan yang kompeten mengikut bidang masing-masing bagi memenuhi keperluan perkhidmatan kesihatan di Malaysia.
Syarat Kelayakan
Syarat Umum
- Warganegara Malaysia;
- Pemohon hendaklah memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
- Pemohon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
- Pemohon hendaklah memenuhi syarat kelayakan akademik minimum pada peringkat SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya berdasarkan jenis Latihan Separa Perubatan yang dimohon.
(Rujukan: Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Syarat Kelayakan Khusus Mengikut Kategori Pemohon
- Pemohon merupakan calon lepasan SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya:
- berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan tidak melebihi 25 tahun pada sesi pengajian semasa.
- Pemohon merupakan Pegawai Sedang Berkhidmat (PSB) Perkhidmatan Awam Am Persekutuan yang layak dipertimbangkan Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
- berumur tidak melebihi 51 tahun pada sesi pengajian semasa;
- disahkan dalam perkhidmatan;
- telah berkhidmat sekurang-kurangnya empat (4) tahun; dan
- mempunyai prestasi cemerlang dengan purata markah Penilaian Prestasi Tahunan tidak kurang daripada 85% bagi tiga (3) tahun terakhir berturut-turut (penilaian genap 12 bulan bagi setiap tahun tanpa Cuti Tanpa Gaji).
- Pemohon merupakan PSB dalam mana mana skim perkhidmatan lain dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan:
- berumur tidak melebihi 45 tahun pada sesi pengajian semasa;
- disahkan dalam perkhidmatan;
- telah berkhidmat sekurang-kurangnya empat (4) tahun; dan
- mempunyai prestasi cemerlang dengan purata markah Penilaian Prestasi Tahunan tidak kurang daripada 85% bagi tiga (3) tahun terakhir berturut-turut (penilaian genap 12 bulan bagi setiap tahun tanpa Cuti Tanpa Gaji).
(Rujukan: Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia
Jenis-jenis Latihan Separa Perubatan
Berikut merupakan senarai 10 Jenis Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma yang ditawarkan:
(Klik pada jawatan untuk maklumat lengkap)
Berikut merupakan senarai 2 Jenis Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil yang ditawarkan:
(Klik pada jawatan untuk maklumat lengkap)
| BIL. | NAMA JAWATAN |
|---|---|
| 1. | Latihan Pembantu Kesihatan Awam |
| 2. | Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian |
Berapakah Elaun yang Diterima?
Menurut maklumat yang didapati dari Facebook Group Latihan Separa Perubatan SPA dan Harian Metro, berikut adalah kadar elaun Latihan Separa Perubatan:
| Biasiswa/Elaun | Diploma (RM) | Sijil (RM) |
|---|---|---|
| Gaji Pokok | 835.37 (sebulan) | 755.06 (sebulan) |
| Elaun Buku | 250.00 (sekali setahun) | 250.00 (sekali setahun) |
| Elaun Perkakas | 25.00 (sekali sepanjang pengajian) | 25.00 (sekali sepanjang pengajian) |
| Elaun Kertas Projek | 90.00 (sekali setahun) | 90.00 (sekali setahun) |
| Elaun Jahitan Pakaian Seragam | 45.00 (sepasang) | 45.00 (sepasang) |

Senarai Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM)
- ILKKM Sungai Buloh
- ILKKM Sultan Azlan Shah
- ILKKM Johor Bahru
- ILKKM Kota Kinabalu
- ILKKM Kuching
- ILKKM (Kejururawatan) Alor Setar
- ILKKM (Pembantu Perubatan) Alor Setar
- ILKKM (Kejururawatan) Batu Pahat
- ILKKM (Kejururawatan) Bertam
- ILKKM (Kejururawatan) Kangar
- ILKKM (Teknologi Makmal Perubatan) Kuala Lumpur
- ILKKM (Kejururawatan) Kuala Pilah
- ILKKM (Kejururawatan) Kubang Kerian
- ILKKM (Pembantu Perubatan) Seremban
- ILKKM (Kesihatan Awam) Kuching
- ILKKM (Kejururawatan) Sandakan
- ILKKM (Kejururawatan) Sibu
- ILKKM (Kejururawatan) Tawau
- ILKKM Cawangan Kuantan
- ILKKM Cawangan Kuala Terengganu
- Pusat Pergigian Kanak-kanak & ILKKM (Pergigian) Georgetown
Cara Permohonan
Permohonan Latihan Separa Perubatan perlu dibuat secara dalam talian melalui Sistem SPA9 yang disediakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA).
Sebelum menghantar permohonan, pastikan semua maklumat yang diisi adalah lengkap dan tepat bagi mengelakkan permohonan ditolak.
Berikut ialah langkah-langkah permohonan:
- Kemas kini maklumat akademik dalam Sistem SPA9. Pastikan keputusan SPM yang didaftarkan ialah sijil rasmi SPM yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Slip keputusan peperiksaan percubaan atau slip keputusan SPM tidak diterima sebagai bukti kelayakan.
- Log masuk ke Sistem SPA9 dan pergi ke menu Maklumat Pemohon → Maklumat Kelayakan Akademik → SPM untuk menyemak atau mengemas kini keputusan peperiksaan.
- Pilih program Latihan Separa Perubatan dengan membuka menu Maklumat Pemohon → Jawatan Dimohon → Latihan Separa Perubatan. Seterusnya, pilih jenis latihan yang ingin dipohon dan klik butang Tambah untuk melengkapkan permohonan.
- Bagi Pegawai Sedang Berkhidmat (PSB), pastikan maklumat perkhidmatan diisi dengan lengkap melalui menu Maklumat Pemohon → Maklumat Pegawai Sedang Berkhidmat sebelum menghantar permohonan.
Selepas permohonan dihantar, calon disarankan untuk sentiasa menyemak status permohonan dan hebahan terkini melalui portal rasmi SPA bagi mendapatkan maklumat berkaitan panggilan temu duga, ujian atau keputusan pengambilan.
Maklumat Lanjut
Mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut di https://spa.gov.my/syarat-permohonan/latihan-separa-perubatan atau laman sesawang rasmi kementerian https://www.moh.gov.my.
Soalan Lazim (FAQ) Latihan Separa Perubatan
Berapa kali sesi pengambilan bagi Latihan Separa Perubatan?Sesi pengambilan bagi Latihan Separa Perubatan dilaksanakan dua (2) kali setahun iaitu bagi sesi kemasukan Januari dan Julai tertakluk kepada sebarang perubahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.
Pelatih separa perubatan akan menjalani Latihan Separa Perubatan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Terdapat sembilan belas (19) ILKKM di seluruh Semenanjung Malaysia, tiga (3) di negeri Sabah dan tiga (3) di negeri Sarawak.
Berapa lamakah tempoh Latihan Separa Perubatan?a. Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil – 2 tahun
b. Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma – 3 tahun dan setahun bagi Jururawat PSL.
Boleh memohon tertakluk memenuhi Syarat Lantikan/Gaji/Deskripsi Tugas bagi Latihan Separa Perubatan.
Saya merupakan graduan dalam bidang kejururawatan di kolej swasta. Adakah saya perlu memohon Latihan Separa Perubatan untuk membolehkan saya dilantik sebagai Jururawat dalam sektor awam?Tidak perlu.
Saya memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda. Adakah saya layak memohon Latihan Separa Perubatan?Tidak layak kerana dasar ‘One Step Lower’ menetapkan kelayakan akademik tertinggi bagi pemohon Latihan Separa Perubatan adalah sehingga Diploma/setaraf (pautan ke Pendaftaran Pekerjaan SPA9)
Apakah syarat untuk memohon Latihan Separa Perubatan?Sila rujuk kepada Syarat Lantikan/Gaji/Deskripsi Tugas bagi Latihan Separa Perubatan mengenai syarat-syarat permohonan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Baca juga: Home Schooling : Syarat Kelayakan & Prosedur Permohonan



