Laung Azan Maghrib 2 Minit Awal, Pihak Masjid Mohon Maaf Dan Minta Penduduk Ganti Puasa

Entertainment
9 Apr 2023 • 1:43 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebuah masjid di Yan, Kedah telah melaungkan azan Maghrib 2 minit sebelum masuk waktu pada 30 Mac baru-baru ini.

Timbalan Pengerusi Masjid Jame’ Badlishah Pekan Yan meminta maaf atas insiden tersebut dan mengakui kesilapan iu berlaku disebabkan masalah teknikal paparan jam digital waktu azan di masjid.

image is not available

Memetik laporan Astro Awani, semua jemaah yang bergantung semata-mata kepada laungan Azan Maghrib dari masjid itu untuk berbuka terpaksa menggantikan semula puasa mereka. Perkara itu telah disampaikan dalam satu kenyataan rasmi Masjid Jame’ Badlishah Pekan Yan.

Diharap semua maklum bahawa puasa tuan dan puan telah terbatal pada hari tersebut dan perlu diganti atau diqada”

Dalam kenyataan itu, pihak masjid telah memohon maaf secara terbuka dan mengakui kesilapan.

Pada 30 Mac yang lalu, Azan Maghrib telah dilaungkan kira-kira dua minit lebih awal dari waktu yang dijadualkan.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.