‘Lautan Hitam’ Banjiri Kota Belud, Laung Solidariti Zara Qairina

LocalPolitics
15 Aug 2025 • 10:56 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

‘Lautan Hitam’ Banjiri Kota Belud, Laung Solidariti Zara Qairina

Ribuan orang ramai hadir berhimpun di padang pekan daerah Kota Belud sebagai tanda solidariti terhadap Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir pada malam tadi.

Menerusi beberapa perkongsian video orang ramai hadir dengan memakai pakaian serba hitam.

Difahamkan, himpunan solidariti itu bermula sekitar jam 7 malam tadi, dengan rata-rata orang dilihat setia menyuarakan solidariti itu dalam keadaan aman.

Kisah pemergian pelajar Tingkatan Satu itu meninggalkan kesan mendalam terhadap seluruh rakyat Malaysia bahkan mendapat perhatian media antarabangsa.

@mussa.musse

“Untuk Zara, kia berdiri teguh. Kebenaran tetap akan menang, walau sejauh mana ia cuba disembunyikan. #solidarity #justiceforzara #kotabelud

♬ JUSTICE FOR ZARA QAIRINA – Budi kurniawan

 

Masyarakat dunia bersatu di ruang maya

Sebelum ini, suara solidariti masyarakat dunia ‘melaungkan’ Justice for Zara Qairina membanjiri ruang maya,

Hashtag #JusticeforZara kini bukan sahaja trending di Malaysia, malah menjadi laungan bersama di banyak negara luar.

Ia mendapat liputan luas termasuk di Indonesia, Filipina, Kemboja, Jepun, China dan banyak lagi.

Misalnya di TikTok, ada perkongsian tentang remaja tersebut dipercayai dimuat naik oleh pemilik akaun dari luar negara hingga mendapat perhatian rakyat Malaysia.

Malah, berita melibatkan Zara turut menjadi sorotan media-media utama serantau serta di peringkat Asia.

Untuk info, Zara Qairina disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, Sabah pada 17 Julai.

Pelajar itu dibawa ke hospital berkenaan selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sebuah sekolah agama di Papar pada pukul 4 pagi, 16 Julai.

Pada 9 Ogos, jenazah Allahyarhamah digali semula di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol, Sipitang.

Ia kemudiannya dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I untuk proses bedah siasat sebelum dikebumikan semula pada 10 Ogos.

Sumber: Video Tular