“Layan Saya Macam Anjing Kurap..” – Lupa Jasa Ibu Jadi ‘Supir’, Anna Jobling Didakwa Berubah Lepas Popular

EntertainmentLifestyle
12 Aug 2025 • 12:33 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Dapat dilihat melalui platform TikTok, ibu kepada pelakon, Anna Jobling iaitu Ariz Arop meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa anaknya mula berubah sikap selepas berjaya meraih populariti dalam industri seni.

“Layan saya macam anjing kurap dah..”

Menurut Ariz, sebelum Anna bergelar selebriti, dia pernah menasihatinya untuk tidak melupakan jasa keluarga tetapi sebalik pula yang berlaku.

Walaupun dia beri duit, tak bermakna boleh layan saya sebegini.. macam anjing kurap dah.

Dalam pada itu, Ariz berkata dia telah banyak berkorban demi Anna termasuk menjual kereta dan barang kemas bagi menampung kehidupan anak perempuannya itu.

@mamaaj_74AKU REDHA DENGAN UJIANMU.♬ original sound – Mama AJ

Rasa sangat terhina, berubah lepas popular

Namun, dia sama sekali tidak menyangka dan berasa terhina apabila anaknya tergamak mengambil tindakan luar jangkaan.

Jadi supir (pemandu) bawa dia ke sana sini tanpa gaji, cuma nak anak kita senang. Bila dah senang, harapkan kebaikan seorang anak tapi macam ni dia buat?

Sebelum ini, ibu Anna Jobling mendakwa anak perempuan memberi perintah injuksi, di mana dia tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan pelakon itu dalam jarak 100 meter.

image is not available 2025-08-12 12:05:26

"Tak Aman Hidup Hilang Doa Seorang Ibu" - Belakangkan Ibu Sendiri, Anna Jobling Dikecam Netizen