“LAYpak” – Bakal Adakan Konsert Di Malaysia, Lay EXO Santai Lepak Di Restoran Tepi Jalan KL

Music
10 Jul 2024 • 4:12 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Behave betul tau peminat Malaysia ni!

Baru-baru ini, Lay EXO telah tiba di Malaysia untuk konsert jelajahnya ‘‘Grandline 4: Step’ yang akan berlangsung pada 10 Julai ini di Mega Star Arena.

Sebelum konsert berlangsung, seorang peminat telah berkongsi foto lelaki itu yang nampaknya sedang santai makan malam di sebuah restoran tepi jalan.

Meninjau di ruangan komen, ramai rata-rata bangga kerana Lay dapat makan dengan tenang tanpa diserbu peminat di situ. Antara komen yang ditulis,

  • Lepak pun pakai kasut kulit tau.
  • Ini namanya LAYpak!
  • Tenang ja dia lepak santai-santai. Takda orang kerumun dan takda orang kejar. Fans attitude gini

Haa ada tak yang pergi konsert Lay hari ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.