Le Tour de Langkawi kini kembali bagi edisi tahun 2026 yang akan berlangsung mulai 27 September 2026 dan akan berlangsung selama 7 hari!
Ianya merupakan sebuah acara lumba basikal yang sudah lama dianjurkan di Malaysia dan mempunyai reputasi yang baik dalam kalendar basikal antarabangsa
Trek atau laluan acara Le Tour de Langkawi akan melalui beberapa negeri di Semenanjung Malaysia yang berjaya menarik penyertaan pasukan-pasukan profesional dari seluruh dunia.
Berikut adalah info lanjut mengenai perlumbaan basikal yang ditunggu-tunggu ini.

Latar Belakang Le Tour De Langkawi
Le Tour de Langkawi ialah perlumbaan basikal berbilang peringkat yang diadakan di Malaysia dan ia dinamakan sempena kepulauan Langkawi, di mana edisi pertama bermula dan berakhir.
Perlumbaan ini telah diadakan setiap tahun sejak 1996, terutamanya pada bulan Februari yang terdiri daripada segmen (peringkat) selama 10 hari selama 10 hari, tetapi telah dikurangkan kepada lapan peringkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Walaupun laluan berubah setiap tahun, pendakian Genting Highlands, yang paling sukar dalam acara ini , sentiasa disertakan.
Tour de Langkawi diluluskan oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) sebagai perlumbaan jalan raya 2.HC dalam kalendar Jelajah Asia UCI.
Perlumbaan ini akan menjadi sebahagian daripada UCI ProSeries baharu pada tahun 2020.
Tarikh LTDL 2026
Tarikh perlumbaan ini akan berlangsung pada 27 September 2026 sehingga 4 Oktober 2026.
Format Acara LTDL 2026
Semua Le Tour de Langkawi peringkat ditetapkan masa sehingga penamat dan pelumba yang mempunyai masa agregat paling rendah adalah pendahulu perlumbaan.
Selain jersi kuning, terdapat lagi beberapa jersi yang menjadi buruan peserta antaranya seperti Raja Pecut, Raja Bukit, Pelumba Asia Terbaik, Pasukan Terbaik dan Pasukan Asia Terbaik.
- Jersi Hijau: Menandakan pendahulu keseluruhan perlumbaan.
- Jersi Oren / Jersi Pecut: Menandakan Raja Pecut iaitu mengumpul mata pecut terbanyak.
- Jersi Putih: Menandakan pelumba muda terbaik.
- Jersi Merah / Polka Dot: Menandakan Raja Bukit bagi penakluk zon pendakian
Senarai Pasukan
Senarai pasukan berbasikal negara dijangka menyertai perlumbaan Le Tour de Langkawi kali ini iaitu:
UCI WORLD TEAM
- XDS ASTANA TEAM
- TEAM PICNIC POSTNL
UCI PROTEAM
- TUDOR PRO CYCLING TEAM
- TOTALENERGIES
- CAJA RURAL-SEGUROS RGA
- BARDIANI CSF 7 SABER
- EQUIPO KERN PHARMA
- MODERN ADVENTURE PRO CYCLING
- BURGOS-BURPELLET-BH
- UNIBET ROSE ROCKETS
UCI CONTINENTAL TEAM
- KSPO
- TERENGGANU CYCLING TEAM
- MALAYSIA PRO CYCLING
- THAILAND CONTINENTAL CYCLING TEAM
- ST GEORGE CONTINENTAL CYCLING TEAM
- 7ELEVEN CLIQQ ROADBIKE PHILIPPINES
- NUSANTARA CYCLING TEAM
- WHEELTOPROTOR CHENGDU CYCLING TEAM
NATIONAL TEAM
- MALAYSIA NATIONAL TEAM
Trek Laluan Perlumbaan
Laluan pada tahun ini dijangka lebih mencabar membabitkan pendakian berturut-turut (back to back mountain climbs) bagi peringkat keempat di Cameron Highlands, diikuti pendakian ke Genting Highlands untuk peringkat kelima.
Trek laluan perlumbaan adalah seperti berikut:
- Peringkat 1 : Ahad (27 September 2026) Shah Alam – Kampar 193.0km
- Peringkat 2 : Isnin (28 September 2026) Taiping – Gunung Jerai 145.6km
- Peringkat 3 : Selasa (29 September 2026) Sungai Petani – Kuala Kangsar 189.7km
- Peringkat 4 : Rabu (30 September 2026) Meru Raya – Cameron Highlands 142.3km
- Peringkat 5 : Khamis (1 Oktober 2026) Tapah – Genting Highlands 125.7 km
- Peringkat 6 : Jumaat (2 Oktober 2026) Pandan Indah – Rembau 121.3km
- Peringkat 7 : Sabtu (3 Oktober 2026) Melaka – Batu Pahat 158.9km
- Peringkat 8 : Ahad (4 Oktober 2026) Muar – Putrajaya 188.3km

Senarai Pemenang
Senarai pemenang perlumbaan ini mengikut tahun adalah seperti berikut:
| Tahun | Juara Keseluruhan (Individu) | Negara / Pasukan |
| 2025 | Joris Delbove | Perancis / St Michel-Preference Home-Auber93 |
| 2024 | David Max Poole | Britain / Team dsm-firmenich PostNL |
| 2023 | Simon Carr | Britain / EF Education–EasyPost |
| 2022 | Iván Ramiro Sosa | Colombia / Movistar Team |
| 2020 | Danilo Celano | Itali / Team Sapura Cycling |
| 2019 | Benjamin Dyball | Australia / Team Sapura Cycling |
| 2018 | Artem Ovechkin | Rusia / Terengganu Inc TSG Cycling Team |
| 2017 | Ryan Gibbons | Afrika Selatan / Dimension Data |
| 2016 | Rein Taaramäe | Estonia / Astana |
| 2015 | Youcef Reguigui | Algeria / MTN-Qhubeka |
Soalan Lazim
Apakah yang dimaksudkan dengan perlumbaan Le Tour de Langkawi?Le Tour de Langkawi ialah perlumbaan basikal berbilang peringkat yang diadakan di Malaysia dan ia dinamakan sempena kepulauan Langkawi, di mana edisi pertama bermula dan berakhir.
Bilakah acara perlumbaan ini bermula untuk kali pertama?Acara perlumbaan ini telah diadakan setiap tahun sejak 1996.
Berapakah jumlah jersi yang akan menjadi rebutan pada perlumbaan ini?– Jersi Hijau: Menandakan pendahulu keseluruhan perlumbaan.
– Jersi Oren / Jersi Pecut: Menandakan Raja Pecut iaitu mengumpul mata pecut terbanyak.
– Jersi Putih: Menandakan pelumba muda terbaik.
– Jersi Merah / Polka Dot: Menandakan Raja Bukit bagi penakluk zon pendakian
Perlumbaan ini diadakan pada 27 September 2026 sehingga 4 Oktober 2026.
Berapakah laluan yang akan dipertandingkan dalam perlumbaan kali ini?Peringkat 1 : Shah Alam – Kampar 193.0km
Peringkat 2 : Taiping – Gunung Jerai 145.6km
Peringkat 3 : Sungai Petani – Kuala Kangsar 189.7km
Peringkat 4 : Meru Raya – Cameron Highlands 142.3km
Peringkat 5 : Tapah – Genting Highlands 125.7 km
Peringkat 6 : Pandan Indah – Rembau 121.3km
Peringkat 7 : Melaka – Batu Pahat 158.9km
Peringkat 8 : Muar – Putrajaya 188.3km
Info Lanjut
Bagi yang berminat untuk mengikuti perkembangan terbaru Le Tour de Langkawi 2026, sila layari laman web https://www.letourdelangkawi.my/.
Baca juga : F1 Malaysia Grand Prix Bahrain – Tarikh, Info Tiket & Fakta Menarik




![Piala FA 2026-2027 [LIVE]: Jadual Perlawanan & Keputusan Terkini](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://ecentral.my/wp-content/uploads/2025/11/PIALA-FA-2-26-2027-1024x576.jpg)