

Nampaknya, sebanyak 1,572 daripada 34,633 cerun di sepanjang Jalan Persekutuan seluruh negara dikenal pasti mempunyai risiko dan kebarangkalian yang tinggi untuk runtuh.
Perkara itu disahkan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi selepas membuat pengumpulan data serta penghasilan peta bahaya dan risiko cerun di sepanjang Jalan Persekutuan seluruh negara.
"Selain itu, terdapat 73 stesen tolok hujan di seluruh negara membabitkan 41 di Semenanjung, Sabah (19), Sarawak (11) dan Labuan (dua).

"Tolok hujan ini akan merekod data hujan dan memberi amaran awal apabila bacaan mencapai nilai ambang mengikut data untuk lokasi berkaitan," katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat.
Beliau menjawab soalan Mohd Azizi Abu Naim (Bebas - Gua Musang) berhubung persediaan Kementerian Kerja Raya (KKR) untuk menghadapi Monsun Timur Laut dalam usaha memastikan Jalan Persekutuan dan cerun sentiasa berada dalam keadaan sempurna dan selamat.



