Monsun Timur Laut, Laluan Dari Gerik, Jeli, Blue Valley Terdedah Tanah Runtuh

13 Nov 2025 • 4:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Laluan dari Gerik menuju ke Jeli, Kelantan dan jalan Simpang Pulai ke Blue Valley, Cameron Highlands, Pahang dikatakan berisiko berlakunya kejadian tanah runtuh.

image is not available

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, pihak Jabatan Kerja Raya dan syarikat konsesi terlibat akan meningkatkan pemantauan dan penyelenggaraan di kawasan terlibat sepanjang tiga bulan musim Monsun Timur Laut (MTL).

Menurutnya, ini bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh di kedua-dua lokasi kritikal itu yang mampu menjejaskan pengguna jalan raya termasuk perihal keselamatan.

“Di situ, pernah berlaku tanah runtuh, jadi kalau berlaku semasa MTL akan menjejaskan pengguna jalan raya.

“Jadi, JKR bersama-sama dengan syarikat konsesi akan berikan perhatian lebih supaya tidak ada tanda-tanda yang membuatkan akan roboh atau berlaku rebak yang besar dengan penambahan pemantauan,” katanya.