
KOTA MARUDU: Lima buah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bermula kira-kira jam 2 petang pada Rabu di daerah ini bagi menempatkan seramai 1,083 orang mangsa banjir yang terdiri daripada 384 ketua isi rumah (KIR) setakat ini.
Pegawai Daerah Kota Marudu merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Meirin Sugara berkata, jumlah tersebut merupakan data yang diperoleh setakat jam 7.21 petang pada Rabu dan dijangka akan terus meningkat berikutan proses pendaftaran dan pemindahan mangsa masih berlangsung.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Katanya, PPS SMK Bengkongan setakat ini menempatkan seramai 171 mangsa yang terdiri daripada 51 KIR merangkumi 68 dewasa, 64 kanak-kanak, 19 bayi dan 19 orang warga emas.
"PPS SK Ranau menempatkan seramai 502 mangsa banjir yang terdiri daripada 143 KIR termasuk 258 dewasa, 173 kanak-kanak, 31 bayi dan 29 warga emas.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more "PPS Sekolah Menengah Advent Goshen menempatkan seramai 308 orang mangsa banjir merangkumi 121 KIR yang terdiri daripada 145 dewasa, 126 kanak-kanak, enam bayi dan 22 warga emas.
"Manakala PPS Sekolah Rendah Advent Damai menempatkan 102 orang termasuk 69 dewasa, 19 kanak-kanak, empat orang bayi dan sepuluh orang mangsa warga emas sementara PPS SK Kota Marudu 2 masih dalam proses pendaftaran masuk mangsa banjir," katanya.


