Lebih 1.21 hektar hutan di Bukit Taman Seri Timah terbakar

LocalEnvironment
6 Nov 2025 • 9:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran hutan di bukit Taman Seri Timah, pada Khamis.
image is not available
Kebakaran hutan melibatkan kawasan seluas kira-kira 1.214 hektar dilaporkan berlaku di atas Bukit Taman Seri Timah, pada Khamis.

BALAKONG – Kebakaran hutan melibatkan kawasan seluas kira-kira 1.214 hektar dilaporkan berlaku di atas Bukit Taman Seri Timah di sini pada Khamis.

Peniolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kes itu pada jam 7.02 malam

"Seramai 14 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn serta bantuan BBP Seri Kembangan, BBP Serdang serta dua Pasukan Bomba Sukarela bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh 13 kilometer," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

**media[3332517]**

Ahmad Mukhlis berkata, jentera pertama tiba di lokasi pada jam 7.25 malam mendapati kebakaran melibatkan hutan di atas bukit berkenaan.

"Anggota bomba sedang melakukan pemadaman di lokasi kejadian," ujarnya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved