Lebih 10,000 tiket terjual untuk aksi persahabatan Malaysia-Singapura di Bukit Jalil

FootballSports
4 Sep 2025 • 8:52 AM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

KUALA LUMPUR – [DIKEMASKINI] Lebih 10,000 tiket telah terjual setakat tengahari tadi bagi perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Singapura yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Jualan tiket dilihat agak perlahan berbanding kebiasaan memandangkan perlawanan diadakan pada hari bekerja, biarpun esok merupakan cuti umum sempena sambutan Maulidur Rasul.

Namun, jumlah kehadiran dijangka meningkat menjelang petang ini kerana penyokong tempatan lazimnya membeli tiket di saat-saat akhir, selain kerinduan untuk menyaksikan skuad Harimau Malaya beraksi.

Untuk rekod, aksi terakhir Malaysia menentang Vietnam dalam Kelayakan Piala Asia 2027 pada 10 Jun lalu berjaya menarik 61,512 penonton ke stadium yang sama. Kehadiran besar itu dipacu oleh revolusi Harimau Malaya di bawah kendalian jurulatih Peter Cklamovski dengan barisan pemain warisan berkualiti tinggi.

Bagi perlawanan malam ini, tiket ditawarkan dalam empat kategori iaitu RM70 (premium), RM60 (grandstand), RM40 (terbuka) dan RM5 (kanak-kanak).

Selepas menentang Singapura, Harimau Malaya dijadualkan berdepan Palestin dalam satu lagi aksi persahabatan di Stadium Sultan Ibrahim, Johor, pada 8 September ini jam 9 malam.

Perlawanan persahabatan ini menjadi medan penting buat skuad kebangsaan sebagai persediaan sebelum meneruskan kempen Kelayakan Piala Asia 2027 pada Oktober nanti.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved