Lebih 10 juta pelancong Singapura kunjungi Malaysia separuh pertama 2026

11 Sep 2026 • 9:52 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Lebih 10 juta pelancong Singapura kunjungi Malaysia separuh pertama 2026

SINGAPURA, 11 SEPT: Malaysia mencatatkan lebih 10.74 juta ketibaan pelancong dari Singapura pada separuh pertama 2026, meningkat 4.39 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Datin Paduka Anizan Siti Hajjar Adnin berkata peningkatan itu mencerminkan “muhibah berterusan” rakyat Singapura terhadap Malaysia, yang melangkaui jarak geografi.

"Ikatan erat ini dicerminkan dalam lonjakan perjalanan tahun ini," katanya semasa pelancaran kempen Rasa Malaysia 2026 hari ini.

Diadakan sempena Hari Malaysia 2026, Rasa Malaysia ialah pameran kulinari yang menonjolkan rasa Malaysia yang kaya dan pelbagai.

Acara itu berlangsung dari 11 September hingga 9 Oktober di sebuah hotel di sini dengan kerjasama Tourism Malaysia, yang juga merupakan kerjasama masakan kedua Tourism Malaysia di Singapura tahun ini.

Pameran mencerminkan usaha berterusan dalam mempromosikan warisan gastronomi Malaysia yang pelbagai dan mengukuhkan kesedaran mengenai penawaran pelancongan negara dalam kalangan pengguna Singapura dan pelawat antarabangsa.

Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak Singapura (STATOS) dan Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sabah Singapura (STTOS) turut terlibat dalam penganjuran pameran dengan sokongan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved