Lebih 10 syarikat kemuka cadangan bina KB Sentral

LocalBusiness & Finance
20 Aug 2026 • 3:16 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Lebih 10 syarikat kemuka cadangan bina KB Sentral

KOTA BHARU:  Lebih 10 syarikat tempatan mengemukakan kertas cadangan menerusi proses permintaan cadangan (RFP) bagi pembinaan Terminal Bas Bersepadu Kota Bharu (KB Sentral).

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Dr. Izani Husin berkata, semua kertas tersebut sedang diteliti bagi memastikan ia menepati konsep KB Sentral sebagai terminal bas Kelas A.

Katanya, penilaian dibuat berdasarkan beberapa aspek termasuk tempoh pembinaan, kos pembangunan serta kaedah pengoperasian terminal berkenaan.

“Sekarang kita sedang teliti syarikat-syarikat yang berminat dan mereka perlu mengemukakan proposal yang sesuai dengan konsep terminal Kelas A dengan kemudahan setaraf Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

“Kita juga akan guna konsep bina, kendali dan serah (BOT) kepada syarikat terlibat,” katanya selepas Majlis Perasmian Laluan Baharu Ekspres Perdana Kota Bharu-KLIA di Terminal Bas Lembah Sireh, di sini hari ini.

Dr. Izani berkata, kerajaan negeri sebelum ini mengandaikan kos pembinaan projek itu sekitar RM30 juta, namun kos sebenar hanya dapat ditentukan selepas cadangan lengkap dikemukakan syarikat berdasarkan spesifikasi terminal yang ditetapkan.

Katanya, pembangunan KB Sentral kini sedang berjalan dengan kerja-kerja rawatan tanah di tapak projek mencapai hampir 41 peratus.

“Tempoh kerja juga bergantung kepada keadaan tapak memandangkan kerja penambakan dan pemadatan tanah memerlukan masa yang panjang sebelum pembinaan struktur utama dapat dilaksanakan. Kita mahu ia menjadi terminal bersepadu yang mempunyai kemudahan lengkap dan bersesuaian dengan keperluan masa depan,” katanya. – UTUSAN

 

The post Lebih 10 syarikat kemuka cadangan bina KB Sentral appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved